Carbonara TakPeJe

Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak aku ni, banyak sangat benda nak kena hadap sejak dua menjak kebelakangan ni. Biasalah kan, makin umur bertambah maka makin banyak pula dugaan dan rintangan dalam kehidupan. Lumrah sebagai insan, tetap kita perlu teruskan dengan segala kekuatan jiwa yang bersisa. Tahap dunia sekarang kita wajib tingkatkan juga kekuatan minda, supaya langkah akan lebih gagah menongkah arus.  Apa pun jua, carilah sinar dalam kesuraman hari. Sibukkan diri dengan menghiburkan hati sendiri yang kadang-kadang kita abaikan.


Asalnya nak cerita tentang carbonara, sekali muqaddimah merentas daerah tiba-tiba. Takpe la guys, alang-alang lama menghilang kan… kasi la chance. Ok, berbalik pada topik utama semula. Aku dah berbulan-bulan tekak ni rasa nak makan spaghetti carbonara, bukan yang beli kat Pasta Panas order melalui Grab Food. Bukan, tapi yang aku masak sendiri. Kenapa aku duk tangguh? Sebabnya dalam rumah ni aku dengan bibik je hantu carbonara. Yang lain lebih kurangnya mazhab terbahagi kepada dua, iaitu aglio olio dan bolognese. Masa aku kuarantin kontak rapat COVID-19 kali ke-2 pertengahan bulan Ogos baru ni, anak siap order bolognese rindu mummy 10 hari berkurung dalam bilik. Bila dah keluar gua, aku buatlah dua-dua menu itu tadi ikut giliran masing-masing. 

Dah aku macamana kan? Ah, gasaklah bentak hatiku. Turun bawah aku mintak bibik keluarkan semua bahan yang selama ni jenuh memanaskan bangku simpanan, maka siaplah spaghetti carbonara versi Puan Tak Pe Je. Apa bezanya dengan yang kat luar sana, korang nak tau? Entah, bagi aku sesedap oren pilihan kalbu. Kali ni aku asingkan kuah, biar orang letak sendiri masa makan ikut selera masing-masing. Kalau aku suka kuah banjir, lemak berkrim tambah stok kolestrol. 

Nantilah aku buat entry asing untuk kongsikan resipi carbonara aku ni, ada jugak modal update blog lain kali. Sementara tu, kita tamatkan dulu entry kali ni dan terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa nanti, Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je. 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan