Bahagiakan Matamu

Assalamu’alaikum. Lama-lama duduk dalam ruang yang sama akan buatkan kita lemas dan rimas, lebih-lebih lagi kalau keadaan pun menyemakkan pandangan. Jadi tak dapat tidak memang kita kena ketepikan bajet untuk cari penyelesaian kepada sistem susun atur yang lebih suaimanfaat. Ataupun kalau terpaksa, gunapakai saja apa yang sedia ada dalam rumah, walaupun itu bermakna akan perlu kepada penyelesaian lain beberapa ketika nanti.

Macam aku ni, buat hati kering je ambik dua buah drawer Ikea (Trysilyang aku letak dalam bilik tamu sejak rumah ni diizinkan Allah untuk didiami. Nanti bila dah cukup bajet, akan aku ganti dengan drawer lain untuk memudahkan adik-beradik menyimpan baju masing-masing. Lagipun sejak dua tiga menjak PKP yang berpanjangan ini, siapa je boleh datang lepak macam dulu. 


Mula-mula aritu aku ambik sebiji dulu, untuk selesaikan ruang penyimpanan segala macam alat kerja dari rumah, ye la kertas A4, letterhead, kertas warna-warni, bekalan alatulis apa bagai. Selang sehari aku ambik lagi sebiji untuk rapikan tempat letak bekalan makanan ringan segala mak nenek pulak. Tuhan saja yang tau macamana berhubungnya sel-sel otak aku untuk memastikan semua ini jadi nyata. Nak tidur pun kepala masih ligat bekerja dan merangka segala perkara, bukan senang tau! Sila ketik link kat bawah kalau nak dapat gambaran yang lebih jelas, terima kasih! 


Sekarang ni tahan la sikit dah keadaan ruang yang aku 24 jam duduk ni, alhamdulillah. Back to back aku uruskan sampai la meja kerja cik abang pun dah kemas dan rapi kau memang da bomb gitu! 

Lepas ni banyak lagi ruang harus aku rapikan, demi mengelakkan tekanan emosi tak pasal-pasal bertambah. Orang lain mungkin takpe, aku sejenis purse yang kecik pun kena teratur, ko rasa? Ikutkan hati, dapur aku wajib kawal selia tapi aku terpaksa tahan sebab itu kawasan bibik. Bila serabai sangat maka aku tunjuk kuasa sikit, cuma payah nak ubah manusia yang tak nak berubah. Setakat yang boleh sabar, aku sabar. Dah hilang sabar esok, wallahu A’lam. 

Sementara itu, hidup kita teruskan. Terima kasih sudi singgah, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.
 



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan