Assalamu’alaikum. Lama betul tak berceloteh kat sini, paling-paling pun takat letak gambar sekeping lepas tu blah, hek eleh…! Sorry la ya kawan-kawan sekalian, hidup ni keras bak kata Tuan Azri Walter. Jadi ada kalanya kita lebih memilih untuk menghilang seketika, walaupun sebenarnya masih wujud di alam nyata. Tapi bila dah sampai waktu yang sesuai, maka kita keluar la semula menemui khalayak ramai. Aku masih lagi bernyawa, alhamdulillah dan diberi peluang untuk terus berjuang selagi berdaya. Dengan segala kekurangan, aku gunapakai alternatif yang ada. Contohnya, tak mampu memandu jauh-jauh, aku naik grab. Kot la ditakdirkan takde grab, eh kaki ada sila angkat dan melangkahlah dengan tenang! Baru-baru ni hujan lebat yang amat kat area Kg. Melayu Subang, aku habis kerja dah dekat asar melangut tunggu takde drebar grab yang terima order. Setengah jam kot duk proses entah berapa kali kensel, proses lagi. Repeat. Sudahnya aku wassap staff mintak tolong dia request grab dari Seti...