Hidup Dengan Kasih Mesra

Assalamu’alaikum. Lama betul tak berceloteh kat sini, paling-paling pun takat letak gambar sekeping lepas tu blah, hek eleh…! Sorry la ya kawan-kawan sekalian, hidup ni keras bak kata Tuan Azri Walter. Jadi ada kalanya kita lebih memilih untuk menghilang seketika, walaupun sebenarnya masih wujud di alam nyata. Tapi bila dah sampai waktu yang sesuai, maka kita keluar la semula menemui khalayak ramai. 


Aku masih lagi bernyawa, alhamdulillah dan diberi peluang untuk terus berjuang selagi berdaya. Dengan segala kekurangan, aku gunapakai alternatif yang ada. Contohnya, tak mampu memandu jauh-jauh, aku naik grab. Kot la ditakdirkan takde grab, eh kaki ada sila angkat dan melangkahlah dengan tenang! 


Baru-baru ni hujan lebat yang amat kat area Kg. Melayu Subang, aku habis kerja dah dekat asar melangut tunggu takde drebar grab yang terima order. Setengah jam kot duk proses entah berapa kali kensel, proses lagi. Repeat. Sudahnya aku wassap staff mintak tolong dia request grab dari Setiawangsa, buat cara bayaran tunai. 2 kali cuba alhamdulillah ada sebuah kereta terima dari Subang, gi ambik aku kat Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling. Jalan Bintang ni jajahan Shah Alam, tapi mahkamah rendahnya bidang kuasa Petaling. Memang pening orang kebanyakan nak faham, semua ni sebab dulu sebelum pindah bangunan, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling letaknya di Petaling Jaya, dekat dengan Hospital Assunta. Bila dah pindah bangunan, nama dan bidangkuasanya tetap sama walaupun berada di jajahan lain. Orang-orang yang tinggal di kawasan itu kalau ada urusan berkaitan dengan kes syariah, kena tala ke Shah Alam.

 Nak bagi senang faham, tengok cukai pintu bayar kat Majlis Perbandaran mana. Dari situ korang tahu nak mengadu di mahkamah rendah mana satu, selagi mana kes yang melibatkan bidangkuasa mahkamah rendah syariah. Kalau kes yang melibatkan bidangkuasa mahkamah tinggi syariah senang je, sebab semua kena pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam. Bangunannya besar, mahkamah rendah pun kat tempat yang sama. 


Aku ni dah lama tak bawak sendiri kes bicara, maklum la asyik duk sakit je sejak zaman Tory. Kalau pun bawak kes, sekurang-kurangnya ada pembantu yang teman tapi kali ni aku benar-benar berseorangan. Kes sebelah petang memang dikhaskan untuk perbicaraan dan selalunya takat 1 kes secara khusus. Maka keadaan terlebih lengang daripada biasa, dah pulak tunggu masa nak tutup dah mahkamah. Nasib baik ada pak guard kat situ, boleh gak aku jadikan kawan berborak sepatah dua tiga patah perkataan. Sedar-sedar dah snap gambar sekeping dua, haaa kan boleh kongsi dengan korang? 


Sampai grab, dia siap tolong alihkan kon dan bukakan pintu kereta. Semoga dipermudahkan segala urusannya, dilapangkan dada dan dimurahkan rezeki. Ameen.

Nanti kita borak lagi, ya? 

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan