Haura Hijab
Assalamu’alaikum. Sekian lama tak order tudung online, aku berkenan nak try instant hijab dari koleksi heejab.my yang dipanggil “Haura”. Mula-mula aku pilih 4 warna yang boleh dibawa masuk mahkamah syariah, iaitu ala-ala kelabu, biru yang lepas dianggap kelabu dan yang sewaktu dengannya. Tapi bila dah sampai ke rumah, aku terus pakai pergi beli barang dapur kat Aeon. Maknanya tak tunggu pakai pergi kerja la kan? Lawa nak mati tudung ni, lembut kainnya langsung tak panas.
Kalau tak pakai pin tetap nampak kemas, sesuai sangat nak bawak berjimba hujung minggu ataupun bercuti ke mana-mana dalam mahupun luar daerah, negeri/negara. Macam dalam gambar ni, pakai jarum kat bahagian kiri telinga dah siap! Rasa nak terbang dia punya ringan.
Harganya RM25 sehelai, kalau nak bayar COD tambah RM10 untuk penghantaran. Sudahnya aku repeat order lagi 4 helai, pilih warna lain pulak.. yang sesuai dipakai sehari-hari ke mana sahaja. Tak sempat tunggu lama, sehari dah sampai depan pagar rumah. Cuci dulu ya kawan-kawan, dah kering baru pakai demi kesejahteraan hidup bersama.
Bagi kat mak sehelai tadi, dah dia kata lawa sangat warna ros.. memang lawa dia pakai, nampak macam mami Penang. Aku pakai nampak macam anak ayah, hahah.
Ok la korang, lain kali borak lagi. Bye for now!
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment