Qayla Suit : Athifa Az-Zahrah
Assalamu’alaikum. Dah back to back buat review pulak aku ni, ya? Kebetulan memang try and error beli tudung dan baju online semenjak dua tiga menjak ni, jadi apa salahnya aku kongsi dengan korang, kan? Sekurang-kurangnya takde la terbiar sepi dan dipenuhi sawang blog aku ni, jenuh nak buat kerja maintenance nanti.
Kali ni meh kita tengok busana Muslimah ala punjabi suit yang dinamakan “Qayla Suit” oleh Athifa Az-Zahrah. Sedap nama butik ni, kan? Anak owner gamaknya nama, aku rasa je la bukan fakta sahih pun.. maklum la kebanyakan owner cenderung nak guna nama anak dorang untuk diabadikan.
Aku beli masa tengah promo, RM67 sepasang Qayla suit ni warna dusty olive bajunya dan seluar panjang matching warna cream. Harga normal dah la sekarang, RM128 sepasang.. jadi memang berbaloi-baloi yang amat sangat beli sebagai pelanggan terawal. Agak lama jugak Qayla suit ni tersimpan rapi lepas dibasuh dan digosok, Jumaat lepas baru aku rasmikannya pakai pergi imigresen dengan bibik. Alhamdulillah selesa pakai bajunya tak panas dan sesuai untuk cuaca Malaysia yang hot very hot wet very wet 365 hari, 4 musim yang mencabar kita. Untuk seluarnya pulak, aku tak tergamak nak redah gitu aje tanpa pakai inner pants kat dalam. Memandangkan warnanya cream dan kainnya agak nipis, ada kemungkinan akan nampak bayang disimbah cahaya mentari. Walaupun bajunya labuh cukup syarat, apalah maknanya kalau tetap nampak tiang seri kita kan? Makanya elok cari inner pants daripada fabrik satin paling mesra cuaca kita simpan dalam koleksi, boleh pakai dengan seluar warna pastel macam gini. Aku dulu beli kat Mydin warna beige, dah season benar keadaannya sesuai dengan usianya.
Ni aku bergambar dengan pencahayaan secara langsung di bawah terik mentari pagi, takde rasa risau apa pun jua sebab dah cukup layer.
Ikutkan boleh je nak jahit sendiri punjabi suit ni, tapi beli fabrik yang selesa dipakai pun dah berapa kos kena keluar. Jadi kalau dapat produk macam Qayla suit, memang tak payah nak pertimbang banyak isu, walaupun RM128 harga normal masih dikira kompetitif. Aku sebab tak terasa nak tambah, itu yang tak beli warna lain. Esok lusa kalau ada berkenan potongan lain pulak kat butik ni, nampak gayanya akan menyambar dengan pantas!
Sementara itu, kita teruskan aje kehidupan apa adanya. Menjamu mata sekali-sekala dan membuat pesanan sekali-sekala, selagi diizinkan Yang Maha Kuasa. Itu saja, lain kali cerita lagi. Assalamu’alaikum.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment