Coretan Awal Mac 2024

Assalamu’alaikum. Pejam celik, celik pejam dah sampai waktu hantar anak balik universiti. Aku takde masalah langsung nak ulang-alik Johor, maklumlah anak kan 10. Cuma datang penyakit jalan tersumbat je terus jadi berdengung kepala. Dari pukul 10.30 pagi dah bersusun kereta, van, lori kontena segala dah bukan macam hari Sabtu, konsisten tersumbat jalan sepanjang-panjang Lebuhraya Utara-Selatan. Kiri kanan dalam Waze maintain warna merah sampai ke sudah, apa cerita entah?


Dalam kesibukan dan keserabutan hidup aku ni, syukur alhamdulillah kali ni anak balik rumah aku banyak masa dengan dia. Kadang-kadang saja je aku duk lepak bilik dia walaupun dia layan game, dah beberapa ketika aku turun semula sambung kerja sendiri. Sama-sama keluar cari birthday present untuk daddy dia, orang ingat aku kakak dan dia adik. Muakakakak haruslah aku perasan nak matik! 


Besar dah boy, bukannya dia heran daddy komplen rambut dengan janggut berserabai. Aku gelak aje, tau memang fasa budak tengah rasa terpaling dewasa gitu la kekdahnya. Esok bila dah sampai masanya, dia sendiri tau nak buat apa. Lagi suruh, lagi larang lagi nak berontak. Jadi, kita biarkan je dulu. 


Minggu terakhir cuti, aku memang banyak masa dengan dia sebab kebetulan hantar ambik dia belajar memandu nun di Imkeda Cheras. Dengar cerita ujian memandu bulan April, lepas raya la agaknya.. aku belum follow up dengan instructor dia. Kalau dapat tarikh nanti, aku dah cakap sila ponteng kelas kalau perlu sebabnya bukan senang nak sesuaikan masa segala bagai.


Tadi masa singgah R&R Seremban, dia betulkan kereta sebab mummy parking kurang ke depan, banyak lagi ruang dalam petak. Iyalah.. orang dah pandai bawak kereta, heheh. Nanti sila bawak sendiri mummy duk sebelah pulak sementara awak ada makwe, tiber…!


Hurmm.. belum apa-apa dah rindu. 

~ Nai @ Tak Pe Je.











 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan