Permata

Assalamu’alaikum. Bukan nak kena jadi selfish prick, tapi kita jangan lupa sayangi diri sendiri walaupun hati terlampau sarat dengan kasih mesra. Kadang-kadang kita sibuk sangat nak jaga orang sekeliling sampai terlupa kebajikan sendiri, sempena tahun 2024 ni marilah kita sama-sama cuba ubah. Takut nanti mereput sorang-sorang bagaikan habis madu sepah dibuang, tak nak la macam tu kan? 


Lepas dugaan dikhianati oleh orang yang paling dipercayai ni, aku tersedar dari lamunan dan pelan-pelan belajar banyak perkara dalam menyayangi diri sendiri. Masih tetap boleh menyebarkan kasih dan menabur sayang kepada orang lain, tapi ambil masa dan peluang berbuat baik pada diri sendiri juga. Tak mampu, katakan tidak. Tak sanggup, tolak dengan elok. Mampu dan sanggup, perlu letakkan syarat dan sempadan. Mulakan ikut tangga dan tahap keselesaan. 


Buat dari yang paling basic, makan-minum contohnya. Sesibuk mana pun, jangan lupa makan. Tak selera macamana pun, jangan sampai perut masuk angin ataupun kena gastrik. Air jangan malas minum, tak pasal-pasal toksin penuh dalam badan sampai jadi batu karang. Kalau bab makan-minum pun dah ke laut, tak payah sibuk tanya tahap seterusnya. 

Action equals to reactions, ingat tu. Bila kita sayang pada diri sendiri, mudah untuk aura positif mendekati. Mudah untuk menarik kasih-sayang orang lain pula. Kalau selama ini orang siap boleh pijak, sekarang orang boleh sedar sempadan mana yang boleh direntasi, garis mana yang perlu diawasi. Sudah-sudahlah bagi peluang pada mereka untuk terus menzalimi kerana diri kita terlalu bermakna dan berharga. Kita adalah permata dan perlu dihargai. 

Ingat tu. 

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan