Posts

Pajeri Nenas MD2 Dari Dapur Nai @ TPJ

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni hujan lebat betul dari sebelum subuh sampailah awal pagi, best nya kalau boleh menyambung tidur tak ingat dunia. Tapi dah nama pun bukan lagi bujang, maka bawak-bawaklah ke pasar tani bila hujan dah sidang, kan? Masih renyai-renyai, berpayunglah aku ke gerai ayam, daging dan ikan. Lalu depan gerai nenas MD2, baka Hawaii katanya, aku terpanggil untuk mengambil tester dan jatuh cinta rasa pertama. Mak ai.... manisnya nenas itiewww! Cuma takde rasa lemak macam nenas Thailand, takat manis tu dah boleh kira satu level dah... Aku beli 1 bekas yang isinya 700 gram untuk dimakan begitu saja dan sebiji yang harganya RM19 untuk dibuat pajeri. Tauke gerai nenas tu siap kupas dan potong lawa-lawa nenas tu, balik rumah tinggal masukkan je dalam bumbu pajeri. Menurut kata abang tu, nenas MD2 ni banyak khasiatnya, bagus untuk pecahkan kolestrol, sesuai untuk orang ada gout, hatta orang mengandung sekali pun boleh makan sebab tak tajam. Makan sebelum breakfast pun ta...

Seteguk Kasih Nan Biru: Bisik Pada Semilir, Aku Rindu

Image
Assalamu'alaikum. Dalam hati ini, hampir tiada ruang untuk membenci, kerana aku adalah seorang yang gigih dalam menyayangi. Bagiku, kita takkan mampu untuk membenci orang yang kita sayangi sepenuh hati. Ya, kita mungkin ada diserang rasa marah, sakit hati dan rindu dendam dua tiga purnama, mungkin tiga, empat tahun, ataupun berabad-abad lamanya, tapi itu tak bermakna kita sedang membenci. Sekurang-kurangnya itulah keadaannya bagi hati dan diri ini, orang lain mungkin berbeza. Lagi teruk ditimpa perasaan, lagi dahsyat perasaan yang selalu disalahertikan sebagai benci itu tadi, sehingga ada kalanya membawa kepada perlakuan-perlakuan yang tergolong sebagai "crime of passion". Sebab itulah kita harus menjadi tuan kepada emosi, selayaknya sebagai khalifah di muka bumi. Tapi seringkali kita gagal memahami diri sendiri, terbabas menterjemah perasaan jauh di lubuk hati yang paling dalam. Lalu kita pun menjadi hamba kepada emosi, memberi laluan kepada bisikan iblis yang senantias...

Projek Nerfgun Display Anakanda Tercinta

Image
Assalamu'alaikum. Dah lama terbengkalai projek ni, padahal pegboard tu aku beli dari awal tahun lagi, betapa banyak halangan nak menjadikannya suatu kenyataan. Minggu lepas akhirnya berjaya jugak direalisasikan impian aku nak tengok koleksi nerfgun anak aku tersusun indah, tergantung di dinding seperti selayaknya. Kebetulan ada orang datang pasang penarik asap kat dapur, aku mintak dorang pasangkan sekali 3 buah pegboards yang selama ni menyakitkan mata je tersandar kat dinding, menunggu masa disempurnakan kejadian. Balik je dari sekolah, aku mulakan aktiviti menyusun senapang-senapang dalam koleksi Junior, ikut kreativiti dirinya sendiri. Aku cuma bantu lekatkan S hooks kat pegboards tu, selebihnya dia sendiri yang tentukan.  Nak pasang menda ni kita kena ada alat-alat kat bawah ni, berserta drill dan screw driver, of course. Serba 4 ni hanya untuk sekeping pegboard tau, jadi sila darab sendiri mengikut jumlah pegboard yang korang nak gunakan, hokey? Jangan kata akak ta...

Jumaat & Asam Boi

Image
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua, sihat? Aku ok la, ada masa mencelah kejap ni sebelum turun ke Gombak. Nak cerita sikit ni.. pasal angin teringin nak makan buah jambu diperap dengan asam boi datang melanda hari Jumaat lepas. Kecur je tetiba air liur teringat kat asam boi, tak pasal-pasal, nasib baik la masa kejadian tu aku tengah berada di Wangsa Walk. Agaknya mandrem kedai buah kat eskalator duk memanggil-manggil pelanggan, dah tersampuk kat aku. Hehehh alasan, tapi takpe, aku dengan senang hatinya memilih serba sedikit kombinasi buah: nenas, jambu (guava), mempelam, aprikot dan kurma. Padahal masa tu aku belum lunch tau, dah sibuk makan masam dan pedas. Bukan apa, janji nak teman sorang kawan tu makan lepas ambik anak balik sekolah pukul 2pm. Selesai kerja di Wangsa Walk dalam pukul 1.15pm lebih kurang, aku pelan-pelan bawak kereta keluar dari kawasan parking sambil makan buah-buahan yang sangat ohsem dikahwinkan dengan asam boi. Sementara menunggu anak sudah solat ...

Biryani 20 Ogos Nama Diberi

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni birthday aku, takde menda yang special pun, just another normal Sunday. Bezanya, perasaan aku lebih sensitif daripada biasa, cuma alah... malas nak layan blues. Jadi, aku buat orang-orang yang aku sayang happy dengan turun ke dapur  awal pagi, dalam pukul 10 dah tercegat kat sinki memotong ayam. Arini mood untuk menyerikan cinta kasih mesra kepada semua sangat tinggi, maka kita masak biryani ayam, yeay....! Perap ayam hari ni dekat sejam la jugak, nak bagi mesra dan kebaboom gitu, dah nama pun biryani 20 Ogos, mestilah extra special, air tangan birthday girl yang kertu, kan? Aku masak skema, beb... jangan tak cukup bahan-bahan yang sepatutnya ada, kalau terlebih depan mata takpe, asal jangan terkurang walaupun seketul, hokeh? Dasar perfectionist tak bertempat, apa nak buat? Kot la sesiapa nak resipi, jangan segan-segan pm tepi. Beratur elok je rempah ratus aku dalam bekas kaca bertudung kuning tu, i loike..! Semua ada label masing-masing, memuda...

WW ~ The Chronicles of Nai's Marble Cake

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Roti Kukus Cicah Kari Kambing

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni kita cerita pasal breakfast sekejap, ok?  Pernah nampak menu breakfast macam ni? Kalau tak pernah nampak dan tak pernah tau, inilah dia roti kukus cicah kari kambing namanya. Alang-alang ada leftover kari kambing, apa kata kita jodohkan dengan roti kukus?  Orang Melayu ni, terutamanya yang berasal dari Pantai Timur, memang tak boleh lari daripada aktiviti mencicah, tak kisahlah makan roti ke, makan biskut ke, hatta makan keropok sekalipun! Jadi, tak hairanlah kalau korang pernah nampak kerabat yang sewaktu dengannya makan style aku tunjuk ni, yakni makan roti cicah dengan kari kambing. Tapi tak semua orang beriya sampai pergi kukus roti  bagai semata-mata nak cicah dengan kari, betul tak? Bukan apa, sebab kalau hari-hari duk mengadap roti toast, mau ketumbit mata kita, weh! Makanya, aku tukar menu pulak.. kukus roti wholemeal dengan pressure cooker. Senang je, letak dulu rak kecik melepasi level (secawan) air ...