Jumaat & Asam Boi
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua, sihat? Aku ok la, ada masa mencelah kejap ni sebelum turun ke Gombak. Nak cerita sikit ni.. pasal angin teringin nak makan buah jambu diperap dengan asam boi datang melanda hari Jumaat lepas. Kecur je tetiba air liur teringat kat asam boi, tak pasal-pasal, nasib baik la masa kejadian tu aku tengah berada di Wangsa Walk. Agaknya mandrem kedai buah kat eskalator duk memanggil-manggil pelanggan, dah tersampuk kat aku. Hehehh alasan, tapi takpe, aku dengan senang hatinya memilih serba sedikit kombinasi buah: nenas, jambu (guava), mempelam, aprikot dan kurma. Padahal masa tu aku belum lunch tau, dah sibuk makan masam dan pedas. Bukan apa, janji nak teman sorang kawan tu makan lepas ambik anak balik sekolah pukul 2pm. Selesai kerja di Wangsa Walk dalam pukul 1.15pm lebih kurang, aku pelan-pelan bawak kereta keluar dari kawasan parking sambil makan buah-buahan yang sangat ohsem dikahwinkan dengan asam boi.
Sementara menunggu anak sudah solat Jumaat, aku sambung makan dengan penuh semangat waja. Sedar tak sedar, perut dah rasa pedih, padan muka aku. Bukannya boleh sangat makan asam orang kuat gastrik macam aku ni, tapi ye la, dah teringin, tak payah banyak fikir. Susah nak datang keinginan macam tu, kes terpencil la boleh dikatakan... biasanya kalau masa period, tastebuds jadi pelik bin ajaib sikit.
Yummeh...! Sorry not sorry...!
Dah rencana asalnya nak temankan kawan makan, alih-alih dia takde selera pulak, boleh? Aku akhirnya makan mini sausages kat Starbucks dan minum Mocha Frappucino. Lamanya lahai tak minum kopi, rasa sangat divine. Ye la, aku dah dekat setahun kot tak minum kopi secara aktif, gila tak best bila dapat?
Lepas tu aku pergi jalan-jalan kejap sebelum balik rumah, saje meninjau kawasan-kawasan tertentu, seperti Daiso, Ti:zed dan jugak Mr. DIY. Rasa merdeka lain macam sebab anak dah selesai test 2 selepas Mid-Term. Punyalah penat aku balik tu, may be sebab urat terkejut kena minuman sejuk, teruk betul tertidur dari lepas Maghrib sampai pukul 10.30 malam. Haish... tak senonoh betul! Tapi takpe la, dah penat sangat, apa nak dikata?
Tinggal lagi, aku tak menyesal pun makan asam dan minum mocha frap, I deserved to treat myself well.. lagipun bukannya aku lupakan rutin minum air masak 3 liter sehari. Kira balanced la tu, kan? Itulah, takde menda pun... terima kasih banyaklah sudi singgah dan baca sampai habis. Hingga jumpa lagi, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment