Biryani 20 Ogos Nama Diberi

Assalamu'alaikum. Hari ni birthday aku, takde menda yang special pun, just another normal Sunday. Bezanya, perasaan aku lebih sensitif daripada biasa, cuma alah... malas nak layan blues. Jadi, aku buat orang-orang yang aku sayang happy dengan turun ke dapur  awal pagi, dalam pukul 10 dah tercegat kat sinki memotong ayam. Arini mood untuk menyerikan cinta kasih mesra kepada semua sangat tinggi, maka kita masak biryani ayam, yeay....! Perap ayam hari ni dekat sejam la jugak, nak bagi mesra dan kebaboom gitu, dah nama pun biryani 20 Ogos, mestilah extra special, air tangan birthday girl yang kertu, kan?


Aku masak skema, beb... jangan tak cukup bahan-bahan yang sepatutnya ada, kalau terlebih depan mata takpe, asal jangan terkurang walaupun seketul, hokeh? Dasar perfectionist tak bertempat, apa nak buat? Kot la sesiapa nak resipi, jangan segan-segan pm tepi. Beratur elok je rempah ratus aku dalam bekas kaca bertudung kuning tu, i loike..! Semua ada label masing-masing, memudahkan kerja aku setiapkali nak memasak. Kalau yang bibik simpan, memang bercinta ler nak belek satu-satu, dia pergi letak dalam semua bekas kaca yang serupa dan satu haram pun tak bertanda, suka benar bersenang2 dahulu bersusah2 kemudian. 


Akhirnya menyusahkan aku jugak, hahahah padan muka aku! Ish, biar je la, fokus kepada yang indah-indah je, tak payah nak senakkan sangat kepala yang memang dah sedia semak tu..! 



Lepas ni dah terer buat biryani ayam, kena praktis buat biryani kambing pulak. Remeh dan  banyak kerja sket yang itu, kena betul2 fokus belajar sebelum beraksi di dapur, bukan apa, dikhuatiri akan mengalami kemurungan je kalau tak jadi. Hehehe.


Elok sangat tau hasilnya, memang berbaloi-baloi beli pressure cooker E-Want kat Lazada, lepas ni jom pakat beli 3 biji sorang, buat pakai buang. Seriously, aku rekemen 100%.. cuma kena rajin tengok kat you.tube cara orang masak guna electric pressure cooker dan mencubanya sendiri tanpa berlengah. 


Aku ingat nanti kalau pergi travel, nak angkut je menda alah ni sekali, tapi macam berat je nanti. Takpun, cari yang 4L je, kecik sket kot? Tengok la macamana, lambatnya pun lagi nak ada duit pergi travel, duk menyelesaikan hutang-piutang ni ha dulu... anyways, terima kasih banyak sudi singgah dan baca sampai habis, tau. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.




Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan