Roti Kukus Cicah Kari Kambing
Assalamu'alaikum. Hari ni kita cerita pasal breakfast sekejap, ok?
Pernah nampak menu breakfast macam ni? Kalau tak pernah nampak dan tak pernah tau, inilah dia roti kukus cicah kari kambing namanya. Alang-alang ada leftover kari kambing, apa kata kita jodohkan dengan roti kukus?
Orang Melayu ni, terutamanya yang berasal dari Pantai Timur, memang tak boleh lari daripada aktiviti mencicah, tak kisahlah makan roti ke, makan biskut ke, hatta makan keropok sekalipun! Jadi, tak hairanlah kalau korang pernah nampak kerabat yang sewaktu dengannya makan style aku tunjuk ni, yakni makan roti cicah dengan kari kambing. Tapi tak semua orang beriya sampai pergi kukus roti
bagai semata-mata nak cicah dengan kari, betul tak? Bukan apa, sebab kalau hari-hari duk mengadap
roti toast, mau ketumbit mata kita, weh! Makanya, aku tukar menu pulak.. kukus roti wholemeal dengan pressure cooker.
Senang je, letak dulu rak kecik melepasi level (secawan) air masak kat dalam inner pot. Kemudian, letakkan rak steamer dan roti kat atasnya. Kukuslah selama 4 minit kalau ada masa, tapi 2 minit pun dah cukup gebu lagi empuk roti tu.
Kalau pakwe aku, dia suka sapu peanut butter kat roti kukus tu kebiasannya. Aku makan begitu saje, takde sapu apa-apa, cuma ada masanya aku cicah jugak dengan air milo. Ha, nampak? Cicah lagi..
Mana-mana je ler, ikut selera tekak masing-masing, kan? Cubalah sekali, tengok kot korang boleh terima style makan macam ni, untung-untung boleh tukar selera sket masa breakfast ataupun dinner. Terima kasih tau sudi baca, lain kali kita jumpa lagi. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment