Posts

WW ~ Comfort Food

Image
What’s yours? ~ Nai @ Tak Pe Je.  

Cerita Tentang Covid-19

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog, aku kembali dengan berita ‘sensasi’ sikit kali ni. Allah bagi aku merasa secara direct apa benda rasanya positif covid. Bagi yang duk gebang kata semua ni konspirasi segala, tunggulah bila dorang merasa sendiri. Mana dapat, ramai kawan dan sanak saudara tanya. Kalau ikutkan kandungan virus yang dikesan hasil swab test PCR kat Klinik Anda aritu, bibik paling lama kena, diikuti bonda, Nazri (adik bongsu) dan aku paling baru dijangkiti. Boleh la kita katakan bibik adalah pembawa, takde la jatuh fitnah pulak. Lagipun dia memang selalu keluar pergi beli barang 3, 4 kali sehari dah balik bukannya reti nak mandi.  Sudahnya, mak checked-in Hospital Ampang dan bernafas menggunakan bantuan oksigen lebih kurang 4 hari. Nazri, bibik dan aku kuarantin kat rumah dalam bilik berasingan. Merasalah berjauhan dengan pasangan 10 hari berturut-turut: dekat tapi jauh. Allah tu adil, pakwe dan anak aku negatif bersama dengan isteri Nazri yang sarat tunggu hari. Di...

WW ~ Bukan Di Dunia

Image
~ Nai @ Tak Pe Je.

Nai at Your Service

Image
Assalamu’alaikum. Dua hari lepas aku ambik masa pergi beratur nak masuk shopping kat Tesco Wangsa Maju. Asalnya nak order online je, tapi slot penghantaran asyik penuh memanjang. Bila tengok delivery paling awal pun hari Isnin depan jam 5pm, malas aku nak layan. Kebetulan kerja tak sepadat biasa, aku cepat-cepat ajak bibik cari barang-barang dapur segala bagai.  Walaupun masih perlu beratur menunggu giliran, tapi keadaan takde la sekronik masa weekend. Takpe la kan, janji kita dah selesai memenuhkan troli dengan perlbagai jenis barangan runcit dan kudapan harian. Lega sungguh bila ingat semua ni, terutamanya apabila ‘total lockdown’ selama 14 hari diumumkan petang tadi. Esok lusa jenuh la manusia di lembah Kelang akan pakat menyerang hendap semua pasaraya besar dan kecil: panic buying to the core. Bibik kata, menyesal tak ambik banyak lagi bawang.. tapi kalau banyak-banyak sangat karang cepat buruk pulak kat dapur. Anyways, sejak aku dilamun krik-krik setelah drama dark-comedy ‘Vic...

WW ~ Pahala Percuma

Image
Senyum kan percuma.... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Khabar Lebaran

Image
Assalamu’alaikum. Minggu ni dah start kerja semula, tak pernah lagi rasa tak sabar nak habis cuti raya. Daripada lemau takde buat apa-apa, nak ziarah raya pun tak boleh, lagi bagus masuk kerja. Rehat lama-lama sangat nanti buatnya otak berkarat, haru biru! Sepanjang cuti aku duk ulang tengok drama My Love From The Star dan Legend of The Blue Sea, sebabnya lepas drama Vincenzo tamat, aku macam rasa frust bercinta. Cerita lain banyak yang baru, tapi takde makna langsung di hati ini. Sudahnya aku putuskan, baik layan drama yang confirm best... walaupun entah berapa kali dah tengok. Angau jugak lepas tu, menangis pun berbakul-bakul jugak dapat mutiara warna putih dengan pink. (Siapa tengok drama Legend of The Blue Sea je paham).  Duk dengar OST drama My Love From The Star setiap ketika, rasa macam terawang-awang di ruang angkasa especially bila dengar lagu “Promise”. Memang jelas la nampak depan mata adegan Do Min-jun dengan Cheon Song-yi kat tepian pantai nan romantis lagi sadis. Seda...

Raya PKP 3.0

Image
Assalamu’alaikum. Selamat Hari Raya Fitrah kepada semua yang beragama Islam di seluruh pelosok dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diizinkan-Nya untuk merayakan Hari Kemenangan ini. Sendu macamana sekali pun, raya tetap disambut apa adanya, mengikut kemampuan masing-masing.  Nak kata meriah memang takde la kan, ziarah pun tak dibenarkan, apa yang nak kita expect? At least aku diberikan kesempatan untuk masih bersama bonda tercinta, itu pun satu rezeki yang tak terbandingkan kerana bukan semua mendapat peluang macam tu. Jadi, nikmat Tuhan yang manakah hendak aku dustakan? Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kita ni dah dua tahun tak boleh berhari raya di kampung, nak kata tak sedih memang la pembohongan terbesar. Cik abang aku murung je sejak tahu tak boleh rentas negeri, setakat guna alasan bekerja memang boleh tapi takkan dia nak balik kampung seorang diri? Kalau bujang atau duda lain cerita, tapi dia ada anak bini kat sini. Video call kat kampu...