Menapak Punya Pasal
Assalamu'alaikum. Biasanya kan aku pergi KLCC mesti naik kereta, tak kisahlah samada direct sampai sana ataupun parking kat stesen LRT sebelum naik tren je. Tapi Khamis lepas aku malas nak drive, keluar rumah tu aku selamba oren je menapak ke stesen LRT, sebab takde la jauh sangat pun sebenarnya. Perasaan 'deja-vu' menyapa hatiku, tiba-tiba terasa sayu. Takpe la, kenang yang indah-indah sudah...
Aku ambik masa jalan-jalan kejap lepas jumpa orang, lama dah tak merewang takde arah tuju kat mana-mana. Seronok jugak buang masa dan tak beli apa-apa dalam Zara dan Mango sebelum lepak kat surau. Lepas asar aku pelan-pelan jalan ke LRT dan sempat jugak singgah kat Uniqlo dan Zara for Men, jenguk winter collection dalam perjalanan menuju ke sana. Tak lawa sangat pada pendapat aku koleksi tahun ni, tak macam koleksi wanita yang aku jenguk sebelum solat. Aku dah berkenan dua, tiga jugak tu dan dah masuk dalam bajet berkala. Aku memang la bukan jenis kuat shopping, tapi benda-benda yang aku nak tu sejak azali kebiasaannya tenat sikit bab-bab harga. Kat Uniqlo pun ada jugak yang aku berkenan, tapi takde la aku beli apa-apa, dah nama pun saja menjenguk. Ya, aku kalau kata nak jenguk, maka jenguklah semata-mata. Kecualilah dalam hati dah ada niat nak beli kalau ada yang berkenan, lain cerita. Itulah perbezaan ketara aku dengan encik suami, sebab bagi dia, takde istilah saja menjenguk kalau takde niat nak beli. Pergi hanya bila nak membeli. Noktah.
Sampai kat stesen Setiawangsa, aku sambung menapak nak balik rumah. Turun tangga, wedges aku tercabut gam kat tapak, tergelak kecik aku sorang-sorang. Apalah nasib penghujung hari Khamis, aduhai... sabar je ler! Tak sampai dua minggu kot beli dan baru pakai seminggu ke sana ke mari, bukan melasak pun. Nak kata murah sangat pun tak jugak, RM100 bagi sepasang wedges pakai kat kaki tu kira dah mahal kot, bagi aku at least, dan brand pun bukannya cikai sangat. Haish, sayang tu.. Next week kena pegi hantar kat cobbler kasi lekatkan semula.
Tengoklah tu, nampak jelas masih baru, kan? Dah siapa suruh berat sangat, sampai tak larat gam nak tampung! Hehehe. Tapi seriously, kasut zaman sekarang tak padan dengan harga, jangka hayat kejap je berbading kasut zaman dulu. Aku takde la niat nak cari ganti sebenarnya, sebab susah nak betul-betul minat. Kat Clarks ada jer yang menambat hati dan perasaan, tapi rasa macam sayang pulak duit nak membeli saat-saat macam ni. Dulu lainlah tak payah pikir banyak benda. Kita pergi gam dulu wedges tu, dan sila sambung pakai boots je ke hulu ke hilir hatta dengan baju kurung sekalipun, ya Puan Nai!
Belanja satu video kat sini.. 1st time berjalan sambil recording. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment