Pesona, Gelak Tawa dan Jeritan Batin Ae Dil Hai Mushkil

Assalamu'alaikum. Aku tak tau kenapa, tapi dari mula-mula kecoh kat internet pasal filem baru Karan Johar yang membariskan Ranbir Kapoor, Anushka Sharma dan Aishwarya Rai Bachchan sebagai pelakonnya, aku dah terpanggil nak mengikuti perkembangan cerita ni. Ada je berita pasal Ae Dil Hai Mushkil kat you.tube, aku akan tengok. Bila dah keluar teaser dan trailer dan lagu-lagunya, lagi bertambah teruja nak tengok. Sekali ada pulak kontroversi pasal ketegangan politik antara India dan Pakistan, dah mengheret ADHM sama tersepit kat tengah-tengah. Aku sebagai orang luar, takde la nak komen apa-apa pasal masalah politik depa kan, tapi macam tak berapa sesuai je nak kasi gempak tak kena tempat. Itu dah macam buli salah orang, cari subjek nak dijadikan kambing hitam dan kuda tunggangan. Macam nak menangguk di air yang keruh pun ada, sambil cuba mengaut keuntungan. Apa-apa aje la, yang penting ia dah secara tak langsung makin menghangatkan lagi bahang filem ADHM karya dan arahan Karan Johar ni. 

Oh, ya. Pasal bising bingit aksi-aksi panas Aishwarya Rai Bachchan sebelum filem ni ditayangkan pun aku rasa macam gimik dan publisiti murahan pulak, sebabnya semua tu jelas diperbesar-besarkan daripada apa yang sebenarnya berlaku dalam cerita. Lebih kurang macam kita duk gebang pasal besarnya telinga gajah ataupun panjangnya belalai gajah tanpa mengenali gajah itu apa sebenarnya. Haaa... macam tu kekdahnya dengan isu panas yang sengaja dimarakkan lagi daripada kandungan filem itu sendiri. Itu yang buatkan orang macam tak puas hati bila dah tengok cerita, sebab mungkin dalam otak masing-masing dah bikin skrip sendiri berdasarkan teaser dan trailer. Babak Sabaa dalam ADHM kejap je pun, tengok teaser, trailer dan lagu macam banyak nau, at least takde la sesekejap babak SRK. Tapi kejap-kejap dia pun, pesonanya sangat menakjubkan. Ash sebagai Sabaa di mata aku sangat-sangat gojes, dah tahap bidadari kekdahnya. Don't mess with matured ladies, guys! Senyum sikit je pun dah boleh cairkan salji, gitulah mesej Karan Johar gamaknya. Kalau dulu, aku memang tak berkenan nak tengok 'The Making Of' mana-mana filem sebelum tengok cerita, tapi sejak kebelakangan ni depa duk sibuk buat teaser dan trailer sebagai bentuk promosi. Ada pro dan kontra menda ni, of course, tapi kadang-kadang boleh jadi backfire kat depa sendiri, sebab manusia ni tak kisahlah betapa modern pun pemikiran dan canggihnya teknologi, tak dapat lari daripada imaginasi dan persepsi peribadi. Macam aku takde hal, memang takde maknanya nak tolong fikir jalan cerita filem orang, bukan menguntungkan aku pun!





Anyways, semangat la aku ajak Ida temankan, nasib baik dia balik kerja awal. Cik abang kita tak sanggup meredah lautan api mendaki gunung yang tinggi bagai nak tadah telinga dengar lagu Hindi, maka dia tolak pelawaan politik bini dia mentah-mentah. Ye lah, kena la pandai berbudi bahasa sebagai isteri, kan... takkan la mintak izin je tanpa mengajak suami pergi tengok sekali. Bukan ajak ayam, ajak-ajak ayam. Makna kata, memang tak ajak dia pun in the first place. Tak baik tau menyeksa orang yang kita sayang..!

Hasilnya? Korang, aku dah officially minat kat Ranbir Kapoor dah sekarang. Major crush! Cerita ni memang dah meremuk-redamkan hati dan pankreas aku besar-besaran. Takde la nak kata perfect tanpa cacat-cela, tapi aku bukanlah pengkritik filem yang kerjanya mencari kesalahan. Sebagai penonton, aku bahagia disajikan cerita yang meninggalkan segala macam kenangan macam ADHM. Aku derita bersama-sama penderitaan, bahagia bersama-sama kebahagian watak-watak yang diketengahkan. Aku menangis, melompat, meremang, meraung, eh macam-macam imbuhan me lagilah sepanjang 155 minit cerita itu berlangsung. Cuma aku tak dapat terima Alizeh Khan tak boleh nak membalas cinta agung tanpa syarat Ayan Sanger. Apa masalah kau, perempuan? Mutant ke alien sampai kebal sungguh hatimu, tak jatuh cinta terbang kepala lutut segala kat lelaki stok edisi terhad macam Ayan? Oh, please....! Even Sabaa pun tanya soalan yang sama, macamana boleh kebal sampai tak jatuh cinta kat Ayan, (sedangkan dia yang drop dead gojes tu pun surrender). Aku tak boleh terima kat situ, tapi dah skripnya macam tu kan...



Lagu-lagunya tak payah cerita la, kan. Sampai hari ni pun aku duk ulang dengar dan ulang tonton lagi sound-tracks ADHM, terutamanya Channa Mereya, yang membuatkan aku tersedu-sedan di sebalik tuala biru kecik yang aku seludup masuk panggung. Aduh, tak sanggupnya aku tengok penderitaan seorang pencinta agung seperti Ayan Sanger. Yang paling buat aku literally tergolek, meraung dalam diam adalah masa dia pergi mintak nak tinggalkan Alizeh, "I have to go. If I can't do it, you have to be the stronger one". Aku meraung, korang... Aku tau perasaan tu, paham sangat-sangat macamana peritnya nak menerima kenyataan dan melepaskan diri daripada belenggu cinta yang memenjarakan perasaan. Dan masa dia menggelupur menangis kat kaki lima, aku menggigil, gila betul tahap penghayatan mamat Kapoor tu, sila meninggal sekarang, Nai! 

Itulah peritnya perasaan seorang pencinta agung. Siapa yang belum kena, takkan paham. Karan Johar mesti dah kering air mata sebelum buat filem ni, aku rasa. Sebab hanya manusia yang remuk-redam hatinya kerana cinta, mati cintanya tidak berbalas akan benar-benar paham macamana nak buat cerita macam ni. Aku nak pergi tengok lagi sebenarnya, tapi tak sanggup nak meraung dalam diam dalam panggung. Baik aku download esok-esok bila dah available, takpun beli kat i-tunes, boleh meraung lepas bebas tanpa batasan. Hurmm, good idea.

Siapa yang minat filem Hindi, pergilah tengok ADHM, berbaloi-baloi. Cuma rasa macam tak habis, tak adil buat ending macam tu. Macam nak ada sequel je kekdahnya. Okaylah, terima kasih sudi baca sampai habis. Jaga diri dan hiasi peribadi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.






Comments

  1. Salam! Sudilah kiranya visit & follow page TERKAM (Team Ranbir Kapoor Malaysia) kami ye. ^_^

    https://www.facebook.com/MYRanbirKapoor/

    drp: TERKAM admin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan