Dasar Kaki Mulut Buaya

Assalamu'alaikum. Salam Juma'at semua, semoga penghulu segala hari ini membuatkan korang tersenyum, maklumlah dah nak weekend. Aku tengah berkira-kira nak pergi satu tempat, tapi memandangkan hari ni confirm akan terlebih padat jalanraya seluruh Lembah Kelang, maka besarlah kemungkinannya terpaksa tangguhkan dulu pelan dan tindakan. Jadi, meh la pakat baca cerita pasal pelapik kaki yang suka nau buat unpleasant surprise kat aku, meh. Hari Rabu (2 hari lepas) aku ada jumpa orang kat Restoran Asam Pedas lepas solat Zuhur. Dalam banyak-banyak kasut, aku terasa nak pakai sepasang ankle boots yang dah berzaman aku tak pakai, selalunya terperap tak bersentuh dalam almari. Dah park kereta dekat dengan stesen LRT, aku jalan tak sampai 2 minit menuju ke Restoran Asam Pedas yang sungguh nostalgik itu. Sebelum tu, selfie dulu seketika sambil betulkan tudung, manalah tau kot senget-benget nak cepat tadi, lagipun cuaca yang cantik dan cahaya yang bagus, memang elok untuk aktiviti selfie-melfie ni. Ehemm.


Sejam setengah jugaklah aku dengan client tu, dah jadi kawan pun sejak kenal 5 tahun lepas. Bangun je dari kerusi dan nak gerak ke LRT, sedar-sedar boots aku dah terngaga macam mulut buaya yang nak ngap kambing kat tepi sungai. Allahu! Tergelak aku sorang-sorang, sambil pelan-pelan mengheret kaki kembali ke kereta. Nak balik rumah semula, rasa sayangkan tempat parking (oh, orang Lembah Kelang memang poyo sikit bab-bab sayangkan tempat parking). Maka terpaksalah mintak tolong insan-insan terkasih kat rumah dan ofis, bekerjasama datang hantarkan pelapik kaki lain, iaitu wedges yang buat hal dua bulan sudah. 


Asalnya tak nak pakai wedges ni sebab nak bagi lega sikit berlari-lari anak masa turun eskalator, memandangkan lepas jumpa orang aku nak pergi ke KL Sentral. Boots kan lagi selesa sebenarnya berbanding wedges, tapi dah nak buat macamana, tak sempat nak fikir suruh bawak kasut mana, sebut je la wedges senang, penat nanti nak describe kat bibik, karang suruh ambik yang lain, diberinya yang lain, aku jugak yang hangin. Itu pun nasib baik dia jenis tak berkira dan mudah nak disuruh itu ini, seribu rahmat dah untuk disyukuri. Hasil kerjasama yang mantap antara bibik dan P.A aku si Tikah, maka boleh la aku kekalkan tempat parking kereta dan bergerak menuju ke KL Sentral dengan pelapik kaki yang sudahpun dibaiki setelah bermulut buaya sedikit masa yang lalu. Boots tu pun aku mintak tolong hantar untuk diperlakukan sedemikian rupa juga, menda elok sangat lagi, sayang nak dibuang. Macam Dr. Jehinger Khan dalam filem Dear Zindagi kata, "I believe that all broken things can be fixed." Aduh, hensem nya la Dr. Jug Khan itu, terigau-igau daku hingga kini!


Anyways, selesai urusan separa rasmiku, aku melilau seketika di NU Sentral, masuk H&M je pun bukan gi mana-mana pun, cari sweater untuk anak teruna terkasih dan baju untuk anak sedara baru, si Muhammad. Mak Long belum beli apa-apa lagi kat dia, tak senonoh betul mak sedara ni, tau! Nampak cermin gedabak besar, apa lagi, selfie ler...!


Aku tak berapa nak ada mood sangat kot, takde pun yang berkenan, takpe masih banyak masa, takde nak kejar apa pun. Lagipun aku tak kuasa nak tempuh 'peak hour' masa orang sibuk balik kerja, jadi aku lebih sibuk mengejar masa sebelum waktu itu tiba. Sebenarnya kerja aku hari tu belum betul-betul selesai, dan aku kena ulang semula keesokan harinya, jadi tak perlu beriya nak mengukur inci dan centimeter sepanjang NU Sentral, faham kan? Heheh.


Simple je aku pakai, mentang-mentang la takde urusan rasmi. Bila berjalan-jalan di tempat kenangan dengan berpakaian macam tu, hatiku ini merasa redah, tapi takde la sampai gundah, alhamdulillah. Kadang-kadang, seksa itu masih hadir singgah, cuma demi masa yang menyembuhkan luka, aku pasrah. Okay la korang, bebaik kerja, tau.. tak mau tuang-tuang, esok kan dah hujung minggu. Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.




Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan