Sos Pasta Kari Laksa Pastamate (Mee Kari Di Bumi Osaka)

Assalamu'alaikum. Pergi berjalan kali ni aku yang in charge menu dari rumah lagi, dan aku bawak siap-siap Ready to Cook Material, RTCM, chewaaah... nama glamour macam Ready to Wear Collections, pergh..! Aku dah plan awal-awal, akan ada satu hari yang aku nak masak laksa kari, jadi aku dengan gigihnya bekalkan perencah, santan dan mee. Balik kerja, aku ronda-ronda Aeon Mall dan masukkan dalam troli sos pasta jenama Pastamate, ikut gerak hati semata-mata, walaupun ada je jenama lain yang aku dah biasa dengar, macam Nyonya contohnya. Aku ambik jugak santan dalam kotak jenama Harmuni dan Vit's Ramen, untuk disandingkan bersama-sama nanti kat Osaka. 



Santan ni selalu aku guna masa mula-mula nikah 13 tahun lepas, mungkin disebabkan masa sangat terhad dan pergerakan pun terbatas untuk mencari santan fresh, ataupun sebab aku terlebih nak mencari jalan singkat dalam banyak perkara. Apa-apa pun, aku selalunya akan kembali kepadanya setiapkali nak berjalan jauh, senang nak main masak-masak di perantauan.


Ramen jenama Vit's ni pulak aku saja terasa nak buat eksperimen, asalnya menyampah nak kembangkan mee kuning dalam beg 6 jam penerbangan dari KLIA ke KIX. Sudahnya, sangat-sangat membuahkan hasil, kerana ternyata sangat lazat dimakan dengan kuah yang aku sediakan. Susah sangat nak carik ramen halal kan, padan muka, aku bawak dia naik kapal terbang dan masak ikut tekak Melayu! Patutnya aku bukak gerai kejap kat sana, lepas tambang teksi ke hulu ke hilir 3 hari pun jadik! Ngeee....



Korang jangan sesekali terpedaya dengan cara-cara memasak yang ditulis kat belakang mana-mana perencah masakan, itu semua dusta! Ada ke depa suruh masak perencah tu bersama air panas, ke laut ler rasanya, ya Allah...! Jadi, korang kena jugak ada basic memasak sikit, kalaupun tak banyak. Silalah tumis dulu bawang putih, bawang merah, halia dan cili blend sampai naik bau. Lepas tu muntahkanlah isi kandungan perencah laksa kari tu ke dalam tumisan tadi, jangan segan-silu nak taruk air sikit, karang tak pasal-pasal hangit kuali. 

Dah sebati dalam 5 minit, taruklah santan sekotak tu haa... tak payah kedekut nak guna separuh ke suku ke, kata nak makan sedap, lagi mahu berkira. Kalau dalam peti dah ada seafood ke apa yang patut, masukkan bila santan dah mendidih. Pastikan korang tambah air secukup rasa, jenuh karang pekat sangat kuah. Masa tu dalam peti kat apartment yang kami sewa takde seafood, yang ada cuma sambal bilis yang bibik bekalkan, maka aku tangkap muat ler menyedapkan resipi. Dan aku gunapakai meatball bakso yang aku bawak dari rumah, potong comel-comel, goreng separuh masak dan campakkan dalam kuali. Nak bagi authentic lagi, aku rebus 2 biji telur dan taruk atas meja, tinggal ambik je masa nak makan laksa kari tu. Ramen pulak aku rendam dalam air mendidih, toskan dan letak kat meja sebelah telur rebus. 

Hasilnya, terhidanglah laksa kari di bumi Osaka menggunakan ramen. Sedap sangat-sangat, hokeh! Bukan sebab aku yang buat dan nak angkat bakul sendiri, tapi nak cerita, betapa persediaan rapi dan pemilihan material yang tepat akan menjanjikan kenangan terindah di perantauan. Apa lagi yang lebih bahagia daripada membahagiakan insan-insan yang kita sayang? Dah pulak kita pun kenyang dan seronok dapat makan dengan best walaupun kat tempat orang. 

Takde gambar, sorry eh.. sebab kekdahnya, aku kat sana sibuk bebenor, lepas masak baru terhegeh-hegeh pergi mandi dan bersiap lawa-lawa nak keluar berjimba dengan pakwe dan Junior. Takpe ler, matlamatnya nak berkongsi menu dan resipi di perantauan, bukan nak menayang masakan. Heheheh. Terima kasih la sudi baca, mudah-mudahan bermanfaat untuk korang. Jumpa lagi lain kali, aku nak tido dah kul 4 pagi, ni la bahananya minum mocha frap dengan adik aku maghrib-maghrib kat Starbucks!





~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan