Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip
Assalamu'alaikum. Kami bertiga melangut kat KLIA sampai pukul 1.30 pagi, MAS ada buat penyelenggaraan pesawat ke apa ntah, dari waktu penerbangan asal pukul 11.50 malam, terpaksa ditunda lebih sejam. Naya la sesiapa yang ada connecting flight kat mana-mana negara, memang confirm burn tiket selamba badak punya. Aku dah ngantuk sangat-sangat, dalam pukul 2 pagi aku tarik selimut dan tidur sungguh-sungguh, bila bangun tu rasa sangat fresh, padahal dua jam setengah je bila aku jeling jam tangan, pukul 4.30 pagi. Lepas tu aku tak ngantuk dah, tergerak hati nak layan cerita Harry Potter, the Secret Chamber. Itulah kali pertama aku pernah tengok cerita yang gila babas glamour tu, percaya tak?
Sampai kat Kansai International Airport pukul 7.50 pagi waktu tempatan, Q kat Imigresen pun tak panjang dan kejap je dah boleh pergi tunggu luggage. Aku dah siap-siap pakai long john dari sebelum boarding, sebab darah aku ni bangsa tak tahan langsung sejuk, especially kalau terbang tinggi ke tempat-tempat 4 musim masa winter. Masa aku lepak kat depan kaunter Global Pocket Wifi tunggu luggage sementara pakwe dan junior pergi pakai long john kat tandas, ada sorang polis Jepun datang interview manja-manja, tak yah susah hati, jawab je sesantai yang mampu. Dia tanya background kita je secara ringkas, takde la sampai tahap nak merisik masuk meminang pun. Oh, ya.. pocket wifi tu aku order online 2 hari sebelum sampai ke Osaka, nasib baik ada lagi yang available. Ingat tau, kalau korang tak suka tergempar-gempur, order la sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh berlepas. Senang hidup kita dengan adanya menda alah ni, korang... nak cari jalan ke tempat makan ke, train mana nak naik ker, semua mudah. Aku ambik yang Premium Wifi by Softbank LTE (187 Mbps) yang boleh share dengan 10 devices, sesuai la dengan keperluan dan kehendak semasa. Pilih je yang pick up dan drop kat kaunter airport, tak pening kepala. Kaunter Global Wifi ni pun senang nak cari, hala ke Selatan lepas Information Counter, seberang sana ada kaunternya tersengih dengan pegawai-pegawai customer service yang mesra alam dan mesra English. Buka je dari awal email yang depa hantar kat kita dengan Order number, dan tunjukkan pasport kita, selesai urusan. Mendanya besar power bank je, ringan dan senang nak bawak. Abaikan kuku macam helang Junior dalam gambar tu, ya... sampai kat apartment, aku selamat dah potong kuku dia kasi bersih dan rapi.
Naik eskalator ke Tingkat 1, kami pergi beli tiket tren Nankai Railway menghala ke Namba, tukar tren di Shin-Imamiya ke Ashihabarashi Station. Dari situ, kami mengheret beg pagi-pagi jalan kaki kesejukan ke apartment, dalam 5 minit lebih kurang. Tambang tren sehala dari Kansai ke Ashihabarashi, dibundarkan jadilah RM200 untuk 3 orang dewasa, sebab Junior dah tak dikira kanak-kanak, ya korang, dia dah 12 tahun.
Niat di hati nak masak dulu, makan, solat jamak qasar zuhur-asar, barulah keluar berjalan, tapi tuan rumah cuma izinkan kami letakkan luggage je dulu, balik rumah lepas pukul 3.30 petang, sebab cleaner dia nak bersihkan rumah, basuh dan keringkan dulu tuala dan cadar segala bagai. Maka terpaksa la kami melilau dulu, akhirnya lepak makan ringan kat Delifrance, area Hankyu Railway Station.
Hala balik apartment, pakwe singgah kat Aeon Mall, beli ikan, sayur dan segala yang munasabah ler nak dimasak. Aku singgang je ikan tuna hari pertama tu, goreng telur dadar + ikan masin, buat cili potong sama kicap, dan hidangkan salad. Esoknya aku bangun pagi sebelum subuh, masak nasi dan kari kepala ikan merah. Idok ler kami makan nasi, itu semua aku masak awal untuk dinner, bila kami dah balik berjalan-jalan. Pagi tu kami makan roti canai segera yang aku bawak dari Malaya. Untuk yang belum tau, kami memang jenis pergi merantau tempat orang bawak bahan-bahan untuk memasak, duduk pulak apartment yang cukup kelengkapan memasak dan membasuh baju. Nak duduk hotel bagai memang tak mampu ler, kita travel ikut bajet dan kemampuan... Heheheh.
Itu video yang aku ambik dalam tren dari airport, seronok bebenor junior dapat pergi Osaka. Harapkan dia la nak tanya simple Japanese, bangga pulak tengok dia tau semua tu. Okay la, nanti aku sambung lagi cerita orang-orang Malaya di Osaka ni, ya. Terima kasih banyak sudi baca sampai habis.
~ Nai at Tak Pe Je.
TEASER : JEJAK KANSAI
Comments
Post a Comment