Posts

Showing posts from 2018

Celoteh Mummy dan Mak Lom

Image
Assalamualaikum. Lama tak berceloteh kat sini,  banyak sangat menda nak kena settle kat tempat kerja dan rumah, biasalah hujung tahun.  Barang-barang sekolah anak pun belum sempat beli,  macam tahun lepas rapat nak masuk tahun baru tak silapnya bergegas ke Kamdar dan Ariani cari baju,  seluar dan yang sewaktu dengannya.  Tahun ni nampak gayanya macam tu jugaklah. Seluar budak bertuah tu 6 bulan je elok,  lepas tu mula la senteng sebab makanan jenis tolak ke atas meninggi,  takde hala ke tepi melebar.  Kasut pun sama,  6 bulan dah ketat sebab kakinya memanjang dah rupa kapal layar aku tengok.  Kalau beli baju dan kelengkapan nak gi overseas,  memang mendapat la mummy dia,  simpan stok bagi kat Muhammad je kekdahnya.  Nanti anak sedara aku tu tak payah beli baju winter,  semua ambik yang abang, ada gak pekdahnya.  Nak cerita apa entah, sedar-sedar dah panjang intro, teruskanlah aje,  ya?  Ok,  s...

WW ~ Count Me In

Image
Not done. Just yet. ~ Nai at Tak Pe Je.

Kurta, Songket & Set Kambing

Image
Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, Jumaat lepas jadi dah kurta anak bujang dengan leher yang dia mintak. Mummy bangga dapat buat sendiri, tak jemu-jemu mata memandang. Kurta ni adalah produk paling kemas yang aku buat setakat ni, siap dengan jahit tepi tempah kat kedai. Ingat nak buat poket sorok kat dada, tengok dulu macamana sebab mummy diserang batuk dan selesema.   Sabtu pagi aku bersongket bagai pergi kenduri nun di Bandar Bukit Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kainnya keras, entah berapa kali pakwe tanya panas ke tidak. Surprisingly tak, kain lining kat dalam aku memang pilih fabrik kapas yang menyamankan. Lagipun naik kereta yang ada ekon, bukannya menapak di bawah terik mentari. Takat turun berenti isi minyak kat BHP jalan ke kaunter kejap, apa ada hal. Turun lagi sekali, jalan sikit je masuk dewan kenduri kat UBE Banquet Hall. Dalam tu pun sejuk, bukan dewan cikai. Susah nak capture warna songket ni, tergantung pencahayaan sekeliling. Gambar ketiga...

Potong ar...

Image
Assalamu'alaikum. Aku tak boleh tidur, jenuh ler esok nak survive seharian di kantor. Ni mesti sebab tidur lena yang amat masa gelombang elektrik dialirkan ke seluruh badan lunchtime tadi. Keluar je pusat rawatan lepas sejam, balik kawasan semula, makan nasi lauk gulai ikan masin. Pergh... Mari! Solat zuhur, berkejar ke Gombak ambik anak. Ada regular customer wassap tanya aku kat ofis ke tidak, dia nak datang sign surat akuan. Adoi, sabo kejap ya.. Mak Lom tak cukup ruang nak tapau segala tugas dalam satu masa! Bila buat entry ni baru perasan yang aku asyik sauk Bokitta kaler pink ni, dah banyak minggu macam tu. Nampak sangat baju aku punya warna yang senada seirama, boleh masuk dengan tudung ni. Adeh, dah pukul 2 pagi ni, mata masih belum mengantuk. Ni ada kaitan jugak dengan kejadian lepas isyak, memang tak boleh la nak kompromi. Aku pergi Aeon Big beli fabrik nak buat kurta anak bujang, lepas tu bibik kata nak beli biskut dengan susu fresh. Hurmm.. Sekali...

WW ~ Tiny Lil' Things

Image
From Mak Lom With Love. ~ Nai at Tak Pe Je.

Tentang Sehelai Baju Peplum

Image
Assalamu'alaikum. Ok korang, sekarang aku dah makin paham asas menjahit, bab menyambung lengan khususnya, alhamdulillah. Lepas je selesai cheongsam-kurung moden kain batik aritu, aku terus mulakan projek peplum top pulak, siap buat pola atas kertas minyak dulu. Nampak kesungguhannya di situ, kan? Kata tengah training, mana boleh main-main, wajiblah berdedikasi tahap dewa. Gitieww... Dugaan nak jadikan projek ni satu kenyataan sangatlah hebat, terkena kain yang jenis benang cepat tertarik. Aku dah la amatur yang amat, jarum patah entah berapa bilah. (Err.. Aku siap google kejap penjodoh bilangan bagi jarum, ko rasa?). Ingatkan sebab salah guna saiz jarum, kecewa sangat hatiku ini tau... Berenti buat peplum kejap, potong kain nak buat kaftan kat bonda. Hurmm.. Lagi ke laut jadinya, tertarik-tarik benang kain tu sampai sakit mata tengok!  Tak pernah lagi dapat kain macam ni, yang lepas-lepas beli kat IG kainpasang.my helok je.. Yang aku buat batwing kaftan kurung arit...

Cheongsam atau Kurung Moden, Nai Menjahit.

Image
Assalamu'alaikum. Bukan takde cerita pasal menda lain, tapi belum masanya nak kongsi kat sini. Jadi, aku pilih nak cerita pasal perjalanan aku belajar menjahit. Life itself is a journey, kata omputih kan?  Aku teruskan latihan dengan menjahit baju kurung moden, beranikan diri memasang lengan setatih lagi. Asalnya aku nak biarkan takde lengan je, pakai kat rumah jadi cheongsam. Kalau terasa nak bawak keluar rumah, sarung je cardigan ataupun jaket denim. Tapi terasa sayang pulak nak biarkan kain secantik itu tak dibuat sempurna, maka aku potong lagi baki kain, buat lengan. Mula-mula aku cantum guna jahitan tangan dulu, lepas tu baru aku tindih dengan mesin. Much better, alhamdulillah.. Cuma terkecik sikit sebelah kanan, terutamanya dekat ketiak. Banyak lagi nak kena praktis, sempat la pandai nak jahit baju raya tahun depan, insya Allah... Kain batik ni aku order online aritu cadang nak tempah buat blouse labuh, dah start menjahit ni, aku tukar rencana la pulak. Janji...

Blouse Terengganu Kita

Image
Assalamu'alaikum. Ok, aku memang tengah try nak belajar buat baju yang ada lengan, tapi dek kerana insaf akan kekurangan diri, tak berani ambik risiko potong kain pasang baru. Belek punya belek, aku ambik keputusan nak makeover maxi skirt yang aku tak berapa gemar nak pakai selama ni. Kalau terkorban dalam menjalankan tugas pun, dapat gak pahala syahid skirt tu, gitieww... Macam yang aku jangka, hazabedah yang amat nak pasang lengan. Mak suruh aku masuk kelas menjahit, biar pandai buat pelan. Katanya, sehari aku dah boleh pandai sebab aku cepat pickup, ehemm..! Mak memang terlebih yakin kat anak dia. Masalah satu lagi, aku pergi guna kain lycra, sah-sah mencabar urat saraf dan kesabaran ler jawabnya. Akhir sekali, aku belasah jahit tangan je sambung lengan tu, settle masalah. Senget benget toksah cerita la, entah berapa kali tetas jahit, tetas jahit nak boleh ke jadi. Itupun asal jadi je ler tahap pencapaiannya, sekarang aku dah paham sikit asas penyambungan lengan pun dah...

Lady In Red Lace Batwing Cape

Image
Assalamu'alaikum. Aku kan duk tengok gambar orang Indonesia bergaya pakai lace batwing cape dengan kain batik dalam Pinterest, jenuh termenung nak tempah kat tailor. Cuma tailor aku tu kalau bab-bab macam ni, angguk bukan main lagi paham, sekali dah siap lain benar produknya. Maka, aku simpan je la kain lace kat ofis tak berusik. Semenjak dua menjak berani pegang mesin jahit ni, aku beranikan la diri potong kain lace untuk realisasikan impian bergaya dengan batwing cape. Kain yang aku ada ni tak dapat nak ada lekuk dan liku renda sekeliling macam yang dalam gambar Pinterest dan Instagram. Tapi takpe la, tetap memenuhi piawaian, pujuk hati kecilku. Tengok tutorial kat you.tube, try buat miniature guna kertas A4 masa kat ofis, senang sangat rupa-rupanya. Terus aku ambik lace dalam plastik kat bawah meja dan potong kejap-kejap tu jugak. Pin siap-siap sekeliling, bawak balik rumah petang tu jahit guna mesin dalam bilik bonda. Keesokannya, terus pakai pergi ofis. Nak be...

DIY Kaftan Kurung

Image
Assalamu'alaikum. Balik kerja Jumaat lepas, aku memang dah pasang niat nak beranikan diri memotong dan menjahit sepasang baju dengan menggunakan kain baru. Aku memang jenis simpan banyak kain pasang dan hantar beruncit-runcit ke kedai jahit. Rembat sepasang kain bermotif batik dengan latar hitam, malam tu aku start projek berpandukan kaftan daripada fabrik sifon yang sangat aku gemar potongannya. Termenung jugak nak ambik angle terbaik, jangan sampai tak cukup nak buat kainnya nanti. Alhamdulillah menjadi, esoknya balik dari jumpa klien kat GE Mall, lepas solat zuhur dan makan nasi, aku jahit kaftan tu sampai siap. Tinggal leher je tak reti nak buat bagi rapi, so aku biarkan dulu. Hari Ahad aku potong kain pulak, buat A line zip tepi. Berhenti kejap pukul 11 lebih, pergi masuk dapur buat apa yang patut, sebab bibik jenis siput sedut tahap gaban punya lembab. Aku tengok dia baru duk rebus bahan-bahan nak buat tom yam putih untuk mak, laki aku bukan makan tom yam selain seaf...

Gaya Santai Hari Jumaat, Kujahit Luka Sendiri

Image
Assalamu'alaikum. Jumaat biasanya orang pilih gaya santai untuk ke ofis, korang macamana? Aku pulak tak tentu, ada masa beriya pakai abaya, kadang-kadang jubah seluar, tak pun baju kurung warna lembut dan kalau boleh, kena polos. Blouse dengan jeans ada jugak, tapi itu tak tunggu Jumaat kalau nak pakai, hari-hari yang takde acara rasmi pun boleh. Cuma santai style gitu akan buat aku nampak macam budak tengah ambik degree, jenuh pulak nanti. Jumaat lepas aku pakai skirt kembang yang aku jahit sendiri, rembat kain pelikat arwah ayah yang selama ni aku buat solat, padankan dengan telekung putih. Masa nak potong kain, aku siap sebut, "Dengan izin, ayah.." sampai tergelak cik abang tengok.  Dulu masa muda remaja, aku ada sekali dua mintak kain pelikat ayah nak tempah buat kain, tak pernah dia menolak walaupun aku tau susah dia nak bagi. Dah aku mintak, kan.. Satu hari, aku mintak kain songket Terengganu yang dia tenun sendiri sebab cantik yang amat, zamrud berbena...

Projek Menjahit: DIY Palazzo Batik

Image
Assalamu'alaikum. Semalam aku pakai pergi kerja palazzo yang aku jahit dua minggu lepas, menggunakan kain batik. Ikutkan mak, tak lepas nak bawak keluar sebab 'macam la takde seluar lain, malu kat orang je!' Tapi apa ada hal, dah aku minat, mata aku nampak okay je... Mat Salleh siap pakai pergi KLCC tau! Cantik apa, motif batik ni kan penuh seni? Asalnya pinggang palazzo ni aku nak masukkan getah, tapi weekend baru-baru ni aku terasa nak tukar sket. Hasilnya, jadi la macam dalam gambar kat bawah ni, satu penambahan yang bolehlah dibanggakan seorang amatur trang tang tang. Selesa sangat-sangat pakai palazzo batik ni, maklumlah kain batik yang digunakan tu dah lama berkhidmat untuk tuannya... Sejuk lain macam dah, lembut mendakap kulit. Itulah kelebihan kain batik, makin lama makin best dipakai.  Sebenarnya aku nak buat palazzo dengan kain batik mahal yang orang padankan dengan kebaya lace, tapi kena la mulakan dengan apa yang ada dalam simpanan dulu. Bila...

Projek DIY Palazzo Batik

Image
Asal kain jadi seluar... Pertama kalinya mencuba... Bolehlah... Tengok gambar kat Pinterest, berkenan pulak. Try buat, ok la jugak, seronok gila berjaya menjahit guna mesin klasik bonda jenama Singer, bikin palazzo sendiri. Nanti bila ada gambar pakai hasil produk tu aku share kat sini. Jahitannya macam ular kena palu tapi alhamdulillah, masih boleh diterima mata dan akal. ~ Nai at Tak Pe Je. Updated version: Projek Menjahit: DIY Palazzo Batik

Cahaya Jumaat

Image
Assalamu'alaikum. Thank God it's Friday, ya? Budak-budak yang ambik PT3 dah merdeka, UPSR pun sama. Next year giliran Junior pulak, entah apa la gamaknya lagi perubahan yang akan diperkenalkan kerajaan. Takpe la, malas nak fikir. Duk berebut nak jadikan anak robot jadian, aku tak minat nak join. Baik santai dan hiburkan hati sementara ada waktu lapang, sebelum waktu sendat datang. Tak balance pencahayaan dalam bilik ofis aku ni, mari kita try guna kaedah cahaya tambahan.  Dapat dramatik effect la jugak. Silau pun takde hal, sekali-sekala apa salahnya.  Hari Jumaat ni shopping complex mesti penuh punya, dah pulak awal bulan, kan. Aku tak ke mana lunchtime, 1.30pm dah nak turun ambik anak kat Gombak sana. Petang lepas kerja ada berkumpul makan-makan, staff nak belanja. Awkward la jugak sebenarnya, tapi layankanlah aje. Tak baik hampakan harapan orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Semoga Jumaat yang penuh barakah ini menyerikan...

Tentang Rabun dan Cermin Mata

Image
Assalamualaikum. Minggu lepas spek aku tetiba patah masa tengah duduk-duduk, tunduk tengok instagram kat henfon. Kuat bunyinya, sekali dah terpelanting cermin dari bingkai. Bingung dua tiga saat, aku panggil P.A aku masuk, mintak dia pergi hantar kejap ke kedai spek. Dapat la bingkai sementara kedai tu bagi pinjam, nasib baik ada yang ngam-ngam boleh muat.. Kena pulak dengan muka. Walaupun pada awalnya taukeh kedai, si Alice tu cakap akan ambik masa dua hari sekurang-kurangnya, elok je keesokannya dah sampai bingkai baru. Aku singgah kedai Alice masa lunch, gi ambik. Tanya jugak apahal boleh patah dekat muka, katanya mungkin sebab kilang buat cermin terlebih tebal kat bahagian bawah, jadi lama-lama bingkai tak boleh nak tampung disebabkan ruang yang ketat lagi terhad.  Lama jugak tunggu kat kedai, Alice duk ejas cermin kasi nipis kat bahagian bawah. Siap-siap nak bayar, eh katanya tak payah, free untuk kawan lama. Waah... Alhamdulillah rezeki...!  Kebetul...

Masa Untuk Nasi Padang

Image
Assalamu'alaikum. Lately takde cerita sangat nak kongsi kat blog ni, itu yang sendu je keadaannya. Dah dua minggu takat buat Wordless Wednesday, nampak sangat malas nak menaip. Biasalah, daripada dibiarkan bersawang, lebih baik kita update jugak walaupun sekadar sekeping gambar dengan tajuk semata wayang. Semalam pagi-pagi buta sebelum Subuh, ada sorang client lama yang dah jadi member baik hantar wassap. Kebetulan masa tu aku dah bangun, kira betapa manisnya berita pertama yang menyambut hari. Dia transfer duit nak buat belanja staff makan, sebagai tanda terima kasih kepada budak-budak tu, bagus dan cekap menyusun dokumen-dokumen yang dia bagi last minute untuk trial.  Walaupun dia bagi duit suruh beli breakfast, tapi aku mintak izin nak tanya budak-budak sendiri pilihan dorang. Akhirnya, aku bawak ke Restoran Sari Ratu kat Taman Melawati, pekena Nasi Padang. Haa.. Tak angkat muka masing-masing suap makanan!  Sekarang ni budak-budak aku dah jatuh chent...