Posts

Showing posts from April, 2019

Ukur Headphones Di Telinga Sendiri

Image
Assalamu’alaikum. Okay, satu menda yang aku tak berapa reti buat adalah angkat henfon masa tengah drive. Bunyi macam tak logik bagi sesetengah orang, tapi itulah hakikatnya. Akhirnya aku beli jugak hands free demi mengelakkan daripada terlepas panggilan-panggilan penting. Selama hari ni selamba badak je aku biarkan henfon tak berangkat kecuali masa tengah berhenti kat traffic light, balas mesej segala bagai lagi la dibiarkan tertangguh. Bukan apa, membahayakan diri sendiri dan orang lain nanti, tak pasal-pasal mengundang kejadian yang tak diingini. Jadi, setelah sekian lama menyimpan hasrat nak cari penyelesaian, aku mula gatalkan tangan cari earphones dan headphones kat Lazada dan Shopee, mana lagi kan? Mula-mula tu aku beli wireless bluetooth earphones yang tergantung kat telinga, tapi bila pakai sesetengah tudung yang kemas berserkup macam Bokitta, orang tak berapa dengar suara aku. Tapi aku tetap bawak dalam beg kulu kilir, guna especially masa pakai shawl. Sebelum tidur k...

Wednesday With Words: Tulis Nama Dalam Jiwa

Image
Assalamu’alaikum. Sudikah kau jatuh dari langit terus ke hati ini? Perlukah kutuliskan ia, jika benar bagai dikata? Would you fall from the star right into my heart?  Shall I write it down, just in case you do? ~ Nai at Tak Pe Je.

Baju Musim Dingin, Mahal Lawan Murah

Image
Assalamu'alaikum. Kita di negara hujan dan panas sepanjang tahun ni tak payah susah-susah nak ganti baju ikut 4 musim yang bersilih ganti, terutamanya baju untuk musim dingin.  Jadi,  sekali beli tu boleh disimpan dan tetap digunakan apabila tiba masanya ke tempat-tempat yang memerlukan. Untuk memastikan tetap kekal trendy dan sesuai dengan zaman,  ada baiknya kita memilih sesuatu yang takkan lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.  Apa dia tu agaknya?  Yang paling basic adalah sweater, mafla dan jaket,  senang nampak. Takkan la kita nak penuhkan rumah dengan dua tiga benda tu kalau takat nak pakai selang 5 atau 6 tahun, ye tak?  Tak praktikal,  walaupun mungkin ada sesetengah daripada kita lebih daripada mampu nak buat gitu.  Masa mula-mula nak pergi jejakkan kaki ke negara sejuk dulu,  terkedu yang amat bila masuk Universal Travellers, sehelai sweater labuh sampai beratus-beratus ringgit harganya, whatttt??? Tapi te...

WW ~ Keep Me Warm

Image
Night and Day ~ Nai at Tak Pe Je. 

Sampin Jadi Skirt ~ Kebaya Samba Brazil

Image
Assalamu'alaikum.  Minggu lepas bibik kemas stor,  terjumpa dua helai kain sampin yang masih tergulung kemas dengan ikatan reben lagi.  Hadiah kepada cik abang la tu,  daripada majlis mana entah, rasanya masa bulan puasa kalau tak salah. Lama dah benda tu,  ingat lagi aku ada guna buat balut bekas merah yang tersengih duduk dalam bilik lebih 4 tahun. Bekas ni aku simpan barang-barang yang jarang nak digunakan, rasanya dah boleh buang pun,  cuma ada sentimental value,  contohnya koleksi DVD anak dan ayah dia. Kalau nak buang, kena tanya tuannya dulu. Aku tak simpan dah,  lagipun memang tak berapa gemar tengok cerita sangat,  lebih kepada buat cerita kekdahnya.  Ok,  memandangkan sekarang projek DIY aku dah bertumpu kepada jahitan kain baju,  maka tak hairanlah kalau aku guna sampin hadiah tu untuk buat skirt.  Dulu,  balut bekas,  kali ni balut badan la pulak,  gitiewww...! Dah jadi ...

WW ~ Me Before Batik Went Viral

Image
Assalamu'alaikum. Your eternal batik fan,  my own worst enemy. That's me. The only difference is that now I can sew.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Cari Percikan Kegembiraan ala Marie Kondo

Image
Assalamu'alaikum. Minggu ni aku diserang rasa malas nak bersiap pergi ofis. Makna kata, datang angin nak kelihatan santai macam keluar rumah hujung minggu. Mula dari Isnin pembuka minggu dua hari lepas,  aku bantai pakai cotton blouse warna biru lembut yang aku beli oversized kat Uniqlo KLCC dua tahun dulu, jodoh dengan jeans biru, jeans yang sama aku pakai hari Jumaat lepas. Hari ni aku pakai blouse yang serupa jugak, tapi warna hitam dijodohkan dengan jeans hitam.   Bila dah macam tu, mula la rasa takde hijab nak pakai, owh sungguh melampau perasaan gila itu,  confirm sasau!  Hijab penuh satu rumah boleh rasa takde yang nak dipakai? Akhirnya,  aku ambik je tudung bawal yang dibeli kat Pasar Tani Setiawangsa awal tahun lepas, pakai sehelai demi sehelai,  mulai hari Ahad masa hantar junior pergi Hari Sukan kat Stadium UIAM Gombak.  Bila tengok balik,  aku duk pakai baju dan jeans yang sama hari Ahad dan Isnin, tudung je tukar. Y...

Bokitta's Babushka Collection ~ Russkaya Blue

Image
Assalamu'alaikum.  Agak lama dah aku tak sibuk nak jenguk Bokitta, sebab takde keperluan mahupun minat mendesak. Sampai la keluar koleksi Babushka,  tewas jugak aku di medan perang. Tapi takde la aku rembat semua warna, lagipun yang benar-benar menambat hatiku hanyalah "Russkaya Blue" Betapa berkenannya aku pada warna biru nan indah ini,  sebaik saja selesai jumpa orang di Mesa Mall,  Nilai,  terus tetapkan matlamat menuju Bokitta Wangsa Maju. Kekdahnya,  sesi terapi minda, dikhuatiri ada yang meletup dek kerana stress tahap gaban memasuki ruang angkasa syaiton.  Aku pakai pergi ofis hari Jumaat baru ni,  dipadankan dengan blouse hijau dan jeans biru. Sebelah pagi aku pakai baju kurung putih, tapi balik rumah lepas ambik anak rehearsal sukan sebelum solat Jumaat rasa panas yang amat. Mandi manda dulu bagai baru masuk ofis balik, sampai petang.  Nasib baik tukar baju,  kalau tidak,  jenuh bersingsing kain putih nak b...

Beg Galas Pilihan Untuk Kembara

Image
Assalamu'alaikum. Aku biasanya suka bawak crossbody bag kalau pergi berjalan, lagi ringan lagi best nak berlama-lama atas bahu. Jenis bawak segala macam mak nenek,  memang tak boleh nak guna beg saiz kecik,  tapi takde la sampai gedabak lain macam. Kalau nak guna saiz kecik macam Pochette Metis,  aku akan pastikan letak dalam beg besar untuk standby pakai bila dah sampai ke destinasi. Tapi kali ni aku pilih nak bawak beg sederhana besar, yang bernama Alma PM. Selama ni kelek kulu kilir pergi kerja,  dah jadi beg harian pulak,  sebab ringan dan praktikal.  Alma adalah keluaran LV yang takde disediakan tali kecuali bagi saiz mini yang khusus untuk crossbody, tapi ada ruang khas di kedua-dua belah pemegang untuk kita lekatkan tali. Ada masanya aku akan gunakan tali dari koleksi Speedy B,  tapi kebanyakan masanya,  aku lebih gemar guna tali yang aku beli kat Shopee tahun lepas. Sangat ringan dan selesa walaupun tergantung lama kat bahu. ...

WW ~ OOTD Post : Jeans, Sweater, Jacket & Sneakers

Image
Assalamu'alaikum. Here's my travel 'cozy' way of dressing. A staple in the closet of most Malaysian hijabis.  ~ Nai at Tak Pe Je.