Sampin Jadi Skirt ~ Kebaya Samba Brazil

Assalamu'alaikum.  Minggu lepas bibik kemas stor,  terjumpa dua helai kain sampin yang masih tergulung kemas dengan ikatan reben lagi.  Hadiah kepada cik abang la tu,  daripada majlis mana entah, rasanya masa bulan puasa kalau tak salah. Lama dah benda tu,  ingat lagi aku ada guna buat balut bekas merah yang tersengih duduk dalam bilik lebih 4 tahun.


Bekas ni aku simpan barang-barang yang jarang nak digunakan, rasanya dah boleh buang pun,  cuma ada sentimental value,  contohnya koleksi DVD anak dan ayah dia. Kalau nak buang, kena tanya tuannya dulu. Aku tak simpan dah,  lagipun memang tak berapa gemar tengok cerita sangat,  lebih kepada buat cerita kekdahnya. 


Ok,  memandangkan sekarang projek DIY aku dah bertumpu kepada jahitan kain baju,  maka tak hairanlah kalau aku guna sampin hadiah tu untuk buat skirt.  Dulu,  balut bekas,  kali ni balut badan la pulak,  gitiewww...!



Dah jadi kain payung, aku try padankan dengan kebaya kain cotton warna kuning,  meletup kebaboom weh kombinasi bendera Kedah!  Brazil pun warna sama gak, kira Kebaya Samba la namanya,  boleh?  Hehehe sabo je ler. Tapi serius elok bila dah jadi kain. Cuma jenuh jugak kena curi kain nak kasi cukup sudut dan lekuk,  sebab sampin standard la senteng je yang biasanya dijual dah siap jahit. Terpaksa aku kreatifkan tangan, sambung bahagian perut ke pinggang.  Zip taruk kat belakang,  tak berani nak ambik sisi takut tak bebas nak melangkah.  


Sehelai lagi tu aku buat kain yang serupa jugak, cuma warnanya kurang menyerlah berbanding yang ini. Buat pakai kat rumah je seharian lepas siap tu,  padankan dengan T-shirt HRC. Kalau tetiba rasa nak upgrade sikit,  boleh je cari lace kat Nagoya sana,  buat baju kurung modern potong pendek,  kasi naik seri.  Kalau rajin la,  tapi nampak gayanya biar je la santai kat rumah.  Takde ambik gambar yang tu,  malap je warna,  malas aku nak layan. Berat sebelah korang kata?  Eh,  suka ah. .. Hik hik hik. 

*ok updated version 17/4/2019: ni gambarnya, try dgn matching blouse,  lepas jahit dart kat skirt hijau ni. .. Not that bad, hurmm.. 


Ok lah,  terima kasih sudi baca sampai habis,  sayang korang!  Jumpa lagi lain kali,  Assalamu'alaikum. 

.~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan