Bokitta's Babushka Collection ~ Russkaya Blue

Assalamu'alaikum.  Agak lama dah aku tak sibuk nak jenguk Bokitta, sebab takde keperluan mahupun minat mendesak. Sampai la keluar koleksi Babushka,  tewas jugak aku di medan perang. Tapi takde la aku rembat semua warna, lagipun yang benar-benar menambat hatiku hanyalah "Russkaya Blue"


Betapa berkenannya aku pada warna biru nan indah ini,  sebaik saja selesai jumpa orang di Mesa Mall,  Nilai,  terus tetapkan matlamat menuju Bokitta Wangsa Maju. Kekdahnya,  sesi terapi minda, dikhuatiri ada yang meletup dek kerana stress tahap gaban memasuki ruang angkasa syaiton. 


Aku pakai pergi ofis hari Jumaat baru ni,  dipadankan dengan blouse hijau dan jeans biru. Sebelah pagi aku pakai baju kurung putih, tapi balik rumah lepas ambik anak rehearsal sukan sebelum solat Jumaat rasa panas yang amat. Mandi manda dulu bagai baru masuk ofis balik, sampai petang.  Nasib baik tukar baju,  kalau tidak,  jenuh bersingsing kain putih nak balik rumah, hujan lebat kilat sabung menyabung semua. Menunggu hujan reda,  sempat terlelap atas sofa seorang diri. Sedar-sedar, ada staff masuk bagitau semua orang dah balik. Kalau dia tak datang kejut, agaknya sampai ke malam aku tersandar kat tepi sofa. 


Tidur itu nikmat yang tak semua kita perasan, padahal Allah kasi rasa mengantuk sebagai satu bentuk penenang bagi akal fikiran dan benak yang kurang tenteram.  Tak caya,  gi tengok Ayat 11 surah Al-Anfal. 

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan