Ukur Headphones Di Telinga Sendiri

Assalamu’alaikum. Okay, satu menda yang aku tak berapa reti buat adalah angkat henfon masa tengah drive. Bunyi macam tak logik bagi sesetengah orang, tapi itulah hakikatnya. Akhirnya aku beli jugak hands free demi mengelakkan daripada terlepas panggilan-panggilan penting. Selama hari ni selamba badak je aku biarkan henfon tak berangkat kecuali masa tengah berhenti kat traffic light, balas mesej segala bagai lagi la dibiarkan tertangguh. Bukan apa, membahayakan diri sendiri dan orang lain nanti, tak pasal-pasal mengundang kejadian yang tak diingini. Jadi, setelah sekian lama menyimpan hasrat nak cari penyelesaian, aku mula gatalkan tangan cari earphones dan headphones kat Lazada dan Shopee, mana lagi kan?


Mula-mula tu aku beli wireless bluetooth earphones yang tergantung kat telinga, tapi bila pakai sesetengah tudung yang kemas berserkup macam Bokitta, orang tak berapa dengar suara aku. Tapi aku tetap bawak dalam beg kulu kilir, guna especially masa pakai shawl. Sebelum tidur kalau hati rasa galau, senang sumbat kat telinga kanan, dengar Imam Sudais mengaji Al-Qur’an dalam Spotify. Takde la bulky nak pakai headphone masa tidur, bukannya dalam flight tidur atas kerusi. Lepas tu aku beli pulak wireless bluetooth headphones, kira ada alternatif ikut kesesuaian keadaan dan keperluan.


Dua-dua alat ni aku beli kat Shopee, ada promo masa tu, ala-ala Flash Sales gitu. Ikutkan hati memang la nak beli jenama Sony sebab bagus kualitinya, sounds reduction yang tip top, bagus bawak travel jauh-jauh naik flight. Tinggal lagi, aku perlukannya dalam kadar seberapa segera yang mungkin dan bajet tak menyebelahi. Maka dengan itu, terpaksa akur dengan keadaan dan kenyataan, beli aje yang harganya bawah RM100. Earphones tu lagi la murah, tak sampai RM50 pun seketul, gila kentang!


Mudah dan memudahcara, dua-dua alat ni sangat handy dan membantu setiapkali aku perlu membuat dan menyambut panggilan urgent. Mana-mana yang tak urgent, boleh je aku call semula, paling busuk pun, hantar wassap kat traffic light bagitau tengah memandu, nanti dah sampai destinasi aku return call. Kalau tak paham jugak, sila meninggal.


Perlu tak aku beli Sony headphones? Tak perlu, itulah jawapan aku setakat hari ni sebab harga seribu lebih tu, gila apa nak meleburkan duit sedemikian rupa. Bukannya aku jenis 24 jam dengar lagu ke apa, kegunaannya lebih kepada nak sumbat telinga dalam flight. Lagi satu, aku lately lebih banyak membuta sepanjang perjalanan, movie pun tak lalu nak tengok. Dulu nak jugak beli, tapi sekarang bila dah ada yang beli kat Shopee ni, berlagak la kan, benda dah ada buat apa beli lain?



Jauh benar beza harga Plextone dengan Sony, kecik hati aku tengok. Tapi takpe, janji boleh menjalankan tugas penuh dedikasi, murah dan tak glamour pun takpe. Banyak lagi nak guna duit bayar macam-macam, ukurlah headphones di telinga sendiri. Apa yang penting, kita tak rembat harta orang lain, tak menyusahkan hati orang dan tak membebankan diri sendiri. Selebihnya, kepada Allah jua tempat kita berserah dan memohon pertolongan. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan