Beg Galas Pilihan Untuk Kembara

Assalamu'alaikum. Aku biasanya suka bawak crossbody bag kalau pergi berjalan, lagi ringan lagi best nak berlama-lama atas bahu. Jenis bawak segala macam mak nenek,  memang tak boleh nak guna beg saiz kecik,  tapi takde la sampai gedabak lain macam. Kalau nak guna saiz kecik macam Pochette Metis,  aku akan pastikan letak dalam beg besar untuk standby pakai bila dah sampai ke destinasi. Tapi kali ni aku pilih nak bawak beg sederhana besar, yang bernama Alma PM. Selama ni kelek kulu kilir pergi kerja,  dah jadi beg harian pulak,  sebab ringan dan praktikal. 


Alma adalah keluaran LV yang takde disediakan tali kecuali bagi saiz mini yang khusus untuk crossbody, tapi ada ruang khas di kedua-dua belah pemegang untuk kita lekatkan tali. Ada masanya aku akan gunakan tali dari koleksi Speedy B,  tapi kebanyakan masanya,  aku lebih gemar guna tali yang aku beli kat Shopee tahun lepas. Sangat ringan dan selesa walaupun tergantung lama kat bahu.



Murah je,  masa tu ada promo,  dapat berapa je bila campur postage. Ye lah, aku tak kisah guna barang macam ni untuk disangkut pada LV. Lagipun, kalau jenis yang tak gamak tu, dorang tak shopping pulak kat Shopee kot. Bukan apa,  yang penting bagi aku, selesa dan tahan lasak. Berbanding guna tali Speedy B, tali ala Korea ni jauh lebih selesa dan tahan lasak. Kena hujan ke panas ke takde hal, tak merosakkan atau menjejaskan warna tali. Aku pulak jaga betul LV aku,  memang tak kasi bermandi hujan,  gila apa nak buat lebih kurang? Nak dapat bukannya senang...


Walaupun Alma PM lebih popular digayakan sebagai beg bimbit atau paling tidak pun,  diletakkan pada lengan, bagi orang yang ingin santai bergerak,  boleh sangat jadikannya sebagai crossbody. Aku terkejut sebenarnya, sebab beg ni sangatlah ringan berbanding sepupu-sepapatnya yang lain. Memang tepat pilihan aku nak bawak pergi jalan aritu. Berbaloi-baloi!


Kot la korang suka nak mencuba, boleh la beli tali ala Korea ni kat Shopee... Bergaya rugged sekali-sekali,  apa salahnya, kan?  Kerana kita begitu berharga... 


Kalau sangkut kat tepi bahu,  agak labuh la jadinya Alma PM ni,  namapun aku ni kurang tinggi. Bagi yang lebih tinggi daripada aku, takde hal punya, mesti ngam2 je jatuh kat pinggang. Tapi kalau buat crossbody, kena tarik letak tepi sikit demi tak nampak terlalu bulky. Apa2 pun,  kena pentingkan keselamatan beg dulu daripada imej, nanti tak pasal-pasal kita jadi mangsa pencopet. Sebelah Eropah sana,  pencopet tersangat pro dan tahap Italian Job,  ya sedara sedari... !


Salah satu sebab aku tak kuasa nak bawak knapsack itu la dia,  kecekapan pencopet. Lagipun,  malas la nak pakai knapsack tu kat depan,  dah jadi satu kerja dukung beg macam dukung baby.  Tapi kalau korang tak kisah,  ya terserahlah... Masing2 punya preference, kekdahnya. Yang penting,  kita seronok dan selesa berjalan di negara orang,  mengumpul kenangan terindah bersama yang tersayang. 

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan