Benda Letak Di Kaki Pun Letaknya Di Mata
Assalamu'alaikum. Kalau korang jenis kaki travel hujung2 tahun cari pasal kat tempat sejuk beku, mesti korang ada simpan kasut khas yang sesuai dengan cuaca dan suhu macam tu, betul tak? Masalahnya sekarang, kat mana nak campak bila dah mereput kat rumah, nama pun negara hujan panas sepanjang tahun? Takkan nak buang pulak, benda makan ratus, pakai pun kejap aje, ishh dilema sungguh! So, meh aku share kat sini cara penyimpanan yang aku buat, mana la tau kot korang berminat nak ikut sama.
Kita letak dalam bekas plastik tergantung ni, transparent senang nak nampak bila diperlukan dan tak payah duk selongkar kontena plastik bertutup sekotak demi sekotak. Stress nanti kalau tak jumpa, nak kena kemas semula lagi la sakit jiwa! Perkara seterusnya, kena pilih mana nak gantung pulak biar jangan menyemakkan keadaan dan tempat penyimpanan yang memang dah sedia sesak. Sebelum ni bibik gantung kat belakang almari stor, layered pulak dengan beg untuk simpan sut blazer. Semak toksah cakap la, tapi takde idea nak cari alternatif lain.
Sampai la pagi2 tadi lepas subuh, dapat ilham nak ubah kedudukan dan koordinatnya. Aku letakkan skru kat bahagian tepi almari sebelah dalam dan gantung kat situ, nah duduk la ko diam2 sampai Abang Jamil mampos! Hehehhe. Ruangan tepi macam tu kan dibiarkan sepi tak berpenghuni, baik kita manfaatkannya sebaik mungkin. Tak kacau lalu lintas ataupun makan jalan orang, elok je buat hal sendiri kat situ sorang2.
Semua ruang mana yang tak usik tu kita boleh je letakkan skru untuk gantung baju2 yang nak pakai dalam waktu terdekat, baru tak berkedut berhimpit2 kat bahagian dalam. Nak guna paku tak berapa digalakkan, dikhuatiri merosakkan baju pulak kalau tertarik benang kan susah? Bajet terlebih nak letak penggantung khas pun boleh, apa salahnya, cuma skru kan lebih praktikal dan menjimatkan.
Sekarang ni ruangan belakang pintu stor aku buat penyimpanan yang lebih teratur dan menyejukkan mata memandang. Hook kayu tu aku beli kat Mr. DIY, skru kat situ biar mudah nak sangkut baju2 yang baru siap digosok, sementara ambik nak pakai pergi kerja. Kira macam transit la, panas2 lagi menunggu untuk disauk ke badan yang segar bugar selepas mandi pagi. Lepas ni kalau nak cari barang2 cik abang untuk bawak pergi outstation, takde la diserang angin ahmar tak nampak jalan terang. Kalau tetiba bibik aku gatal tangan pergi ubah sistem ni ikut kepala lutut dia, memang membatalkan gencatan senjata la jawab dia!
Aku ni organized junkie, memang tak boleh tengok benda semak2 ni, boleh blok mental jadinya, tak pasal2 nanti bertukar menjadi naga. Sekarang aku duk bersabar je bab susun atur peti sejuk kat dapur tu. Elok2 aku buat sistem, tahan 3 hari je sebelum bibik musnahkan secara total. Campur karang dia sentap, susah pulak kalau dia berhenti. Bertahan dulu, nai... bertahanlah. Nanti sampai waktunya, bertindak penuh hikmah. Sementara itu, kita teruskan aje hidup apa adanya.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment