Posts

Showing posts from May, 2020

Next OOTD Post

Image
Next OOTD would be 7th Syawal, perhaps. ~ Nai @ Tak Pe Je.

PKP dan Budaya Berdisiplin

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni 3hb Syawal 1441H, dah masuk hari kedua bonda, bibik dan aku berpuasa sunat Syawal. Alang-alang takde ke mana-mana langsung, ada baiknya terus mulakan puasa sunat, lagi cepat lagi bagus, hujung minggu ni dah boleh raya. Rasanya nak buat makan-makan lagi, bagi kat jiran tetangga. Adik-beradik pun boleh datang memeriahkan majlis, bukannya dorang dibenarkan merentas negeri balik kampung mertua masing-masing pun, kan? Kalau sihat dan diizinkan Allah, hajat di hati nak masak nasi bukhari pulak, sebabnya hari raya pertama dah buat nasi biryani, tukar menu la pulak. Kari daging kambing kita gantikan dengan kari daging lembu pulak, apa kata survey? Tapi tertakluk juga pada perubahan jadual, mana la tau ada rencana lain yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Aku tak berapa teruja sebenarnya nak masak nasi bukhari sebab bonda kurang gemar, tak macam nasi biryani yang dia makan bertambah-tambah dua kali sehari.  Happiness overload, pendek kata. Anak aku p...

Raya PKPB Mei 2020

Image
Assalamu'alaikum. 3 bulan sudah kita hidup dalam Perintah Kawalan Pergerakan, untunglah dah diberi kelonggaran sebaik saja masuk fasa PKP Bersyarat. Rentas Negeri tak boleh, jadi mereput saja kat rumah masing2 jangan duk gatal pergi balik kampung bagai, ok? Buang masa je mencuba, nanti kena patah balik jugak, semak otak aku fikir kenapa depa tak boleh paham tujuan peraturan ni dibuat, oh my God! Tinggal lagi ye lah, nuclear family aku semua ada kat Lembah Kelang, senang la cakap, ye? Tak jugak... keluarga mertua aku takde kat sini, kalau aku kat tempat pakwe, pedih jugak tangkai hati dengar takbir raya! Tapi sebab kita sayangkan orang tua kita, kita kebalkanlah hati untuk tidak pulang ke kampung dan meletakkan depa dalam risiko yang tak diingini.  Harus ada kuih raya, walaupun takde tetamu yang sibuk nak bertandang kecuali adik-beradik yang tak duduk sebumbung. Aku usaha beratur kat AEON minggu lepas, semata-mata nak beli kuih pilihan kalbu. Bekas kuih sekali dengan dulang tu aku ...

Norma Periuk Ko Baru

Image
Assalamu'alaikum. Dah nak habis Ramadan baru terhegeh2 jenguk blog sendiri, habis bersawang sana sini, adoiyya! Bila nak buat entry, terkial2 sebab sistem dah bertukar.. punyalah jakun mak lom kau tak tau! Malas nak pening kepala, aku keluar dari Chrome, masuk Safari.. nasib baik masih boleh guna sistem lama, kalau tak entahlah bila nak update blog.. masalah utamanya tak reti nak upload imej. Blog aku ni kan macam diary bergambar, mana best kalau polos takde imej langsung, baik aku tulis jurnal hantar kat JKSM. Ok la, cerita pasal norma baru ni kan, pergi mahkamah pun terasa renyah dan azab sekali, bagi yang tengah banyak masalah lagi bertambah sendat jiwa raga bakul kepala semua, confirm!   Tapi semua ni demi menjaga kita sesama sendiri, walau macamana getir pun terpaksa jugak kita redahi bersama. Cara pengendalian kawalan keselamatan ni beza-beza antara satu mahkamah syariah dengan mahkamah syariah yang lain, ya.. aku tak banyak pengalaman, baru pergi dua mahkamah setakat ni. Di...

Semut Berkaki Seribu, Nyah Kau Dari Sini!

Image
Assalamu'alaikum. Movement Control Order (MCO) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah masuk fasa kedua minggu aku deraf entry ni dan Malaysia bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan gelombang ketiga covid19. Adeh, sungguh stress keadaan tajuk berita yang terpaksa kita semua hadapi semenjak dua tiga menjak dunia diserang tentera ghaib ni, kan? Bertahan atau tidak, apalah pilihan yang kita ada selain kekal diam di rumah, menjaga diri sendiri dan keluarga, dalam masa yang sama menjaga orang lain dan keluarga mereka juga. #kitajagakita pendek katanya! Posting kali ni lebih kepada #untiltomorrow yang membawa kita fokus kepada aura positif dan menyebarkan positivism sesama kita, daripada terus menjerumuskan diri ke dalam kegelapan yang menyelubungi dunia.  Kita ni bangsa yang cepat berpuas hati dan mudah pula alpa, apa tidaknya, baru diberikan kelonggaran sikit je dah berbondong-bondong keluar cari barang basah kat pasar dan tak peduli langsung pasal jarak sosial ataup...