PKP dan Budaya Berdisiplin
Assalamu'alaikum. Hari ni 3hb Syawal 1441H, dah masuk hari kedua bonda, bibik dan aku berpuasa sunat Syawal. Alang-alang takde ke mana-mana langsung, ada baiknya terus mulakan puasa sunat, lagi cepat lagi bagus, hujung minggu ni dah boleh raya. Rasanya nak buat makan-makan lagi, bagi kat jiran tetangga. Adik-beradik pun boleh datang memeriahkan majlis, bukannya dorang dibenarkan merentas negeri balik kampung mertua masing-masing pun, kan? Kalau sihat dan diizinkan Allah, hajat di hati nak masak nasi bukhari pulak, sebabnya hari raya pertama dah buat nasi biryani, tukar menu la pulak. Kari daging kambing kita gantikan dengan kari daging lembu pulak, apa kata survey? Tapi tertakluk juga pada perubahan jadual, mana la tau ada rencana lain yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Aku tak berapa teruja sebenarnya nak masak nasi bukhari sebab bonda kurang gemar, tak macam nasi biryani yang dia makan bertambah-tambah dua kali sehari.
Happiness overload, pendek kata. Anak aku pun sama, lagi suka nasi biryani berbanding nasi bukhari. Yang suka nasi bukhari sangat-sangat adalah bibik, tersengih sampai ke telinga sambil makan penuh pinggan. Aku suka dua-dua, tapi dah nama pun masak untuk keluarga, kena ambik kira selera majoriti, barulah seronok tengok orang menjamu selera dengan riang ria muka ada senyum. Lagipun tiapkali aku masak, memang tak lalu sangat makan, dari zaman anak dara lagi dah macam tu.
Anyways, petang tadi lepas solat zuhur aku drive kejap pergi ke Aeon AU2 nak restock supplement kat Cosway. Mula-mula nak turun awal pagi, tapi hati tergerak nak check dulu Cosway bukak ke tidak, dan kalau bukak, pukul berapa. Untunglah sekarang ni tinggal tanya Prof Google je, nescaya akan dapat jawapan dan info yang dikehendaki. Siap ada senarai kedai dah waktu operasi masing-masing, sungguh memudahcara lagi mendamaikan jiwa! Aku punyalah malas nak pakai bedak, hatta nak lembabkan dulu muka pun takde mood, bertuah betul! Sudahnya, aku tenyeh aje Silkygirl BB Cushion dan sembur setting spray, pakai lip balm dan lipstick, Good To Go! Bila ambik selfie dalam kereta sementara menunggu bumper-to-bumper kat traffic light, pencahayaan yang cemerlang membuatkan gambar jadi lawa. Ah gitiewww!
Aku rimas fikir nak masuk mana-mana mall bila kena beratur panjang dan ambik masa yang lama, kecuali memang penting sangat dah tak boleh elak. Itu yang beriya check dulu waktu operasi, supaya senang nak atur masa biar hemat dan cermat. Tinggal lagi, nasib menyebelahi aku sebab Cosway letaknya kat bahagian luar, jadi tak perlu nak beratur langsung, boleh terus masuk. Lagipun Cosway kan syarikat Multi-Level Marketing, ahli aje yang kebanyakannya masuk membeli. Tadi aku tengok U-Mobile kat sebelah tu boleh tahan panjang orang beratur nak masuk. Zaman PKP ni tak seronok nak berlama-lama sangat masuk kedai, ambik yang penting, bayar terus balik rumah. Itulah yang aku buat tadi, ambik Wholefood Nutrition dan Colo-Cleanse, bayar dan balik. Kejap je dah sampai rumah semula, takde nak berlengah-lengah lenggang kangkung window shopping segala. Salah satu daripada kebiasaan baru, kan? Lama-lama ok la. Kiranya kita tengah praktis hidup berdisiplin, semua tempat kena sabar menunggu giliran macam orang Jepun. Nak masuk Starbucks sabar sungguh beratur, takde komplen apa pun. Nak masuk taman tema, restoran dan semua tempat gitulah dorang beratur penuh disiplin. Kalau tak kerana PKP, tak merasa kita semua beratur penuh disiplin di bumi Malaya ni, kan? Insaf tak? #tiber.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment