Norma Periuk Ko Baru

Assalamu'alaikum. Dah nak habis Ramadan baru terhegeh2 jenguk blog sendiri, habis bersawang sana sini, adoiyya! Bila nak buat entry, terkial2 sebab sistem dah bertukar.. punyalah jakun mak lom kau tak tau! Malas nak pening kepala, aku keluar dari Chrome, masuk Safari.. nasib baik masih boleh guna sistem lama, kalau tak entahlah bila nak update blog.. masalah utamanya tak reti nak upload imej. Blog aku ni kan macam diary bergambar, mana best kalau polos takde imej langsung, baik aku tulis jurnal hantar kat JKSM. Ok la, cerita pasal norma baru ni kan, pergi mahkamah pun terasa renyah dan azab sekali, bagi yang tengah banyak masalah lagi bertambah sendat jiwa raga bakul kepala semua, confirm!   Tapi semua ni demi menjaga kita sesama sendiri, walau macamana getir pun terpaksa jugak kita redahi bersama. Cara pengendalian kawalan keselamatan ni beza-beza antara satu mahkamah syariah dengan mahkamah syariah yang lain, ya.. aku tak banyak pengalaman, baru pergi dua mahkamah setakat ni. Di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, nak baca perlantikan peguam tak perlu buat appointment dan klien boleh datang sekali, janji pakai mask, tulis rekod kehadiran dan jaga jarak. Nak daftar kes ada hari-hari dan waktu-waktu tertentu, bukan main belasah macam dulu, kehidupan sebelum PKP akibat covid19 ni semua. Kes yang diberikan keutamaan pun bagi yang ada persetujuan bersama dan yang tak perlu bergaduh tarik telinga tarik rambut segala. Itu pun kena buat Perakuan Segera cerita kenapa nak kena sebut awal kes kita. Selain daripada tu, lepas daftar dah disemak dokumen berada dalam keadaan teratur, sila balik rumah tunggu mahkamah hantar email untuk tarikh sebutan. 


Lain pulak pendekatannya di Mahkamah Rendah Syariah Ampang. Nak baca perlantikan peguam kena call dulu buat appointment, borang perlantikan klien kena sign siap-siap, peguam hadir depan pendaftar dan buat video call suruh klien baca dengan jelas, barulah pendaftar dan peguam boleh sign di bahagian masing2 dalam borang perlantikan itu tadi. Tapi satu lagi cabaran kat sini, kalau permohonan takde persetujuan pihak-pihak, peguam kena tulis surat rayuan dulu cerita kenapa perlu disegerakan pendaftaran. Mahkamah akan meneliti dan mempertimbangkan permohonan kita, balik tunggu feedback. Klien nak marah, peguam dan staff kena tadah telinga je la kan, bukannya tak paham dorang tu saja nak lepaskan perasaan dan siapa lagi jadi mangsa kalau bukan kami-kami insan marhaen ni? Heheh.


Tapi itulah, hidup tetap perlu diteruskan. Bosan yang amat, bawak-bawak la keluar sekali sekala dengan sesiapa yang sudi melayani. Tempat makan pun kena jaga jarak, walaupun kita datang bersama dalam satu kereta dan tinggal sebumbung tanpa menjaga jarak 1 meter. Kalau tak nanti, tauke kedai kena tutup premis pulak. Kira ditelan mati emak, diluah mati bapak. 


Anak-anak kecik tak boleh bawak masuk kedai kalau tak silap aku. Macam anak2 sedara aku, sejak PKPB baru merasa datang rumah aku, lepak dengan nenek, bibik dan Maklom sementara mak bapak dorang pergi cari barang keperluan rumah ataupun baju raya, apa sajalah yang patut. Anak aku tahun ni takde shopping raya bagai, duduk rumah je lagipun, pakai je mana yang ada. Tapi dua hari lepas aku ada beli sehelai baju ala sweater jenama Ti:zed kat AEON, boleh la dia pakai buat bergambar raya kalau dia hendak. Mummy takde hal, janji sememeh dan semenggah sudah.  


Selain norma, periuk nasi pun baru jugak, ko rasa? Tak tau apa relevannya aku beli periuk nasi ala makcik kantin besar gabak macam ni, tapi niat nak beli memang dah berkurun. Mungkin sebab harganya murah, aku rembat dulu.. esok2 nak masak kasi orang ramai makan, sekali harung je boleh muat nasi. 10L katanya boleh muat 65 sukatan pot yang dia kasi, lepas 100 orang makan mudah2an. Dah tak boleh jamu orang makan kat rumah, masih boleh hantar untuk orang makan kat rumah masing2, betul tak? Awal pulak sampai periuk ni, bolehlah dimanfaatkan sebaiknya, sempena Syawal yang bakal menjelang esok lusa. Kalau tak buat raya pertama, buat masa raya enam. Kita tengok keadaannya macamana nanti. 


Seram pulak tengok saiz periuk nasi ni, berat boleh tahan jugak, bising mulut bibik mengomel susah nak angkat katanya. Malas aku layan, banyak pulak komplen. 


Gitulah kekdohnya cerita kali ni, tentang norma dan periuk nasi baru. Terima kasih sudi baca, selamat menyambut Syawal nan mulia kepada semua yang menyambutnya. Eid Mubarak. Minal 'Aidil Wal Faizin. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.








Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan