Posts

Showing posts from November, 2020

Serasi

Image
Assalamu'alaikum. Dalam apa saja jenis perhubungan, yang paling penting adalah keserasian. Ada yang kejap je jumpa dah serasi, tapi ada juga yang perlu dipupuk, dibaja dan disemai sekian waktu terlebih dahulu. Dalam kategori pertama, tetap perlu ada usaha dua hala untuk kekalkan momentum supaya tak kecundang di tengah jalan. Kekdahnya mudah, bukan payah pun nak faham : perlu saling melengkapi, tidak hanya memanfaati.  Dan dalam apa jua keadaan, cubalah untuk mengerti, ambil tahu isi hati masing-masing supaya takkan ada yang rasa terpinggir mahupun dianaktirikan. Cuma semua itu takkan mampu dilakukan tanpa rasa kasih dan sayang jauh di sudut hati, pokok pangkalnya tetap dekat dengan perasaan. Jadi perlu sensitif dan lebih peka, cakna pada setiap perubahan riak wajah, nada suara ataupun lenggok bahasa. Dengar dan lihat dengan makrifat, bukan hanya dengan deria biasa.  Semoga kita lebih betah disayangi orang yang kita sayangi.  ~ Nai at Tak Pe Je.  

Kitalah Juara

Image
Assalamu'alaikum. Hidup kita takkan pernah sunyi daripada segala bentuk ujian dan dugaan, ibaratnya selalu ada peperiksaan saban waktu. Nak ambik MC ke, mintak tangguh ke, guna kabel ke, semua tak laku. Ikut mana pun memang kena hadap dan hadam, takde cara lain. Jadi, apa yang paling perlu adalah kekuatan minda, ditimbang dengan iman dan takwa. Kombinasi tiga serangkai minda, iman dan takwa inilah yang akan menentukan reaksi kita terhadap kemelut dan kekusutan yang melanda diri. Pincang salah satu antara ketiga-tiga elemen utama itu, maka kita berisiko untuk terumbang-ambing di lautan gelora, hanyut dibawa arus kehidupan yang takkan pernah memilih rupa, darjat mahupun keturunan. Jika kita perhatikan kejadian alam, setiap musibah yang melanda pasti akan ada kebaikan kepada kita, bumi dan alam sekitar juga. Contoh, tsunami mengharuk pergi tanpa meninggalkan sisa-sisa sampah sarap dari dalam lautan sehingga ke dasar bumi. Betapa ganas ombak melambung-lambung, apabila keadaan mulai red...

Tranquility

Image
Not everything that happens in life is your fault.  Be your own nicest friend  and stop beating yourself up  because you're worth it.  Silence the hyenas in your head, SHOOSH! Off you go now With smiles as soothing  as the mountain breeze.  ~ Nai at Tak Pe Je.  

Fireworks

Image
 

Dipayungi Kasih Ilahi

Image
Assalamu'alaikum. Manusia tak suka hidup dalam teka teki dan ketidaktentuan masa depan, betul tak? Sebabnya mudah, pemikiran kita terbatas kepada apa yang pasti, selebihnya membuatkan kita takut dan resah gelisah. Setiapkali ditimpa musibah, kita akan berkejar mencari penyelesaian sebelum akhirnya kembali mencari Tuhan. Dah habis ikhtiar, penat berusaha, kita tersandar dan memohon bantuan Allah. Betapa terpesongnya kita, apa yang patut didahulukan selalu dikemudiankan, dibiarkan hujung-hujung tanduk melukut di tepi gantang, sandaran di bangku simpanan.  Kita terlalu jauh tersasar dari landasan, maka dengan sifat Rahmah dan Rahman-Nya, kita dipimpin ke tepian. Pandemik Corona Virus adalah mekanisma kita untuk sama-sama kembali ke pangkal jalan, samada kita sedari mahupun tidak. Jika tidak kerana pandemik ini, mungkin kita akan makin lemas dilambung ombak, ditelan arus dunia yang menghanyutkan. Apabila segala pintu dirasakan tertutup, langit nan luas pun bagaikan menghimpit dada. Mak...

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Image
Assalamu'alaikum. Dalam banyak-banyak tempat di Terengganu, aku selalu rindu nak pergi makan ikan bakar di Pantai Kelulut. Dulu masa arwah ayah masih hidup, setiapkali balik kampung mesti pakwe akan ajak makan kat situ. Banyak yang berubah lepas ayah takde, balik Terengganu pun tak hala ke situ, jadi aku memang berhajat nak ulangi saat indah makan-makan ikan bakar bersama famili sempena majlis pernikahan adik bongsu. Maklum la dah lebih sedekad, keadaan kedai pun dah jauh berubah, jenuh jenguk kiri dan kanan mencari port mana yang menarik hati. Akhirnya pakwe pilih Restoran Dang-Dang Dut (kedai nombor 5) memandangkan seafood yang dorang tawarkan nampak paling segar berbanding kedai-kedai yang lain. Dia siap-siap pilih ikan, sotong, udang dan ketam dan cara masak segala bagai, untuk open table dalam pukul 8.30pm. Sementara menunggu, kami bertiga (aku, anak dan pakwe) check in dulu kat homestay berdekatan, berehat, sejukkan badan dan solat.   Kepakaran pakwe memilih menu memang tak b...

Not Even A Little I Hate You

Kata orang, kalau kita tengah teringatkan seseorang dan kebetulan pula hujan mulai turun, itu bermakna perasaannya juga sama.  Kenapa, ya?   

Akal Diberikan Percuma, Produk Dijadikan Serbaguna

Image
Assalamu'alaikum. Kerja menyusun dan mengekalkan kekemasan dapur bukanlah sesuatu yang mudah, tanyalah sesiapa pun. Sistem yang kita rasakan sesuai digunakan bulan lepas, belum tentu tetap relevan selang beberapa bulan kemudian. Pendek kata, ikut keadaan dan keperluan terkini, semua tu bila-bila masa boleh dan perlu berubah. Mana mungkin boleh statik kejung macam patung terukir di batu.  Tinggal lagi, sekarang kita disajikan dengan banyak pilihan dan tak payah ribut-ribut keluar usha barang dari satu kedai ke satu kedai. Janji ada sambungan internet, maka segala-galanya di hujung jari anda, selagi ada kemampuan membeli. Harga pun boleh dikatakan kompetitif, kadang-kadang jauh lebih murah berbanding dengan kedai fizikal, lebih-lebih lagi pada zaman pandemik sebegini. Sebagai contoh, rak serbaguna macam dalam gambar-gambar ni, kita boleh bandingkan harga antara Lazada dengan Shopee.  Kalau nak diikutkan, kita boleh dapat produk yang jauh lebih murah dengan fungsi yang sama, iait...