Akal Diberikan Percuma, Produk Dijadikan Serbaguna
Assalamu'alaikum. Kerja menyusun dan mengekalkan kekemasan dapur bukanlah sesuatu yang mudah, tanyalah sesiapa pun. Sistem yang kita rasakan sesuai digunakan bulan lepas, belum tentu tetap relevan selang beberapa bulan kemudian. Pendek kata, ikut keadaan dan keperluan terkini, semua tu bila-bila masa boleh dan perlu berubah. Mana mungkin boleh statik kejung macam patung terukir di batu.
Tinggal lagi, sekarang kita disajikan dengan banyak pilihan dan tak payah ribut-ribut keluar usha barang dari satu kedai ke satu kedai. Janji ada sambungan internet, maka segala-galanya di hujung jari anda, selagi ada kemampuan membeli. Harga pun boleh dikatakan kompetitif, kadang-kadang jauh lebih murah berbanding dengan kedai fizikal, lebih-lebih lagi pada zaman pandemik sebegini. Sebagai contoh, rak serbaguna macam dalam gambar-gambar ni, kita boleh bandingkan harga antara Lazada dengan Shopee.
Kalau nak diikutkan, kita boleh dapat produk yang jauh lebih murah dengan fungsi yang sama, iaitu tempat letak oven/microwave serbaguna. Cuma dari segi kesesuaian tempat letak yang dekat ataupun jauh daripada percikan minyak ataupun bahang api memasak, kita kena ambil kira material yang ditawarkan.
Sebab tu la aku pilih yang besi sekeliling untuk letak dekat dengan dapur dan yang alasnya kayu untuk diletakkan di seberang sana. Biar lebih awet dan hemat, begitu pada pemikiranku.
Rak dua lapis boleh tarik dan sorong ni pun harganya berbeza dari satu portal ke satu portal yang lain, dari satu penjual ke satu penjual yang lain, korang boleh bandingkan sendiri nanti kalau berminat. Aku beli kat Lazada hari tu sebab dapat harga yang lebih murah. Bukan apa, kaunter kabinet dapur kebanyakan masa akan padat dan menyemakkan pandangan mata. Jadi, kena ada satu cara untuk menyelamatkan keadaan, biar tak serabut kepala otak masuk dapur tengok berserabai.
Setakat mana yang relevan, kita gunapakai, nanti dah tak relevan lagi, kita fikir cara lain pulak. Sementara tu, hidup mesti terus. Jumpa lagi nanti, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment