Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Assalamu'alaikum. Dalam banyak-banyak tempat di Terengganu, aku selalu rindu nak pergi makan ikan bakar di Pantai Kelulut. Dulu masa arwah ayah masih hidup, setiapkali balik kampung mesti pakwe akan ajak makan kat situ. Banyak yang berubah lepas ayah takde, balik Terengganu pun tak hala ke situ, jadi aku memang berhajat nak ulangi saat indah makan-makan ikan bakar bersama famili sempena majlis pernikahan adik bongsu.


Maklum la dah lebih sedekad, keadaan kedai pun dah jauh berubah, jenuh jenguk kiri dan kanan mencari port mana yang menarik hati. Akhirnya pakwe pilih Restoran Dang-Dang Dut (kedai nombor 5) memandangkan seafood yang dorang tawarkan nampak paling segar berbanding kedai-kedai yang lain. Dia siap-siap pilih ikan, sotong, udang dan ketam dan cara masak segala bagai, untuk open table dalam pukul 8.30pm. Sementara menunggu, kami bertiga (aku, anak dan pakwe) check in dulu kat homestay berdekatan, berehat, sejukkan badan dan solat.  


Kepakaran pakwe memilih menu memang tak boleh disangkalkan lagi, pergi la mana pun, mesti menjadi je kombinasi lauk-pauk. Seronok tengok semua makan dengan penuh berselera, walaupun tekak aku tetap merindui masakan Thai di Hatyai, Songkhla, Phuket dan Danok. Sebelum korang rasa nak menjuih bibir, sabar dulu... mana nak lawan tempat asal usul masakan Thai dengan tempat bertandang. Nama pun masakan Thai, bukannya masakan Melayu. 


Mak aku punyalah tak dengar cakap, dia tetap berdegil nak bawak kek sambut belated birthday aku kat tempat terbuka sebegitu rupa. Makan penuh meja, bayangkan la macamana kitorang nak perabiskan kek pulak? Tapi kalau dah itu buat mak happy, aku nak cakap apa lagi, betul tak? 


Nasib baik la ada anak sedara boleh diheret tiup sama-sama lilin. Segan toksah cakap la kan? Mak dah sebati jadi orang KL gamaknya, dia terlupa budaya tiup lilin nyanyi lagu birthday tepuk tangan bagai kat tempat awam itu tak tumbuh melata hingga ke Pantai Kelulut. Tinggal lagi aku rasa orang yang ada kat restoran Dang Dang Dut malam tu pun boleh tau, "Orang KL la tu gamoknya". Hehehhe sabo je ler!


Balik kejap je, tak sempat nak jumpa member ataupun jalan-jalan cari makan beriya. Kalau dapat kes kat sana kan bagus, sebulan sekali boleh jugak balik kampung, mana tau ada nanti bahagian aku... Ameeen! 

Zaman pandemik yang penuh cabaran ni kita terpaksa ubah banyak perkara, lebih-lebih lagi tabiat suka berjalan dan cari makan tempat-tempat best. Sama-samalah kita berdoa semoga cepat la kita dapat vaksin sebelum akhir tahun ni, ya Allah.. dengarlah rintihan hamba-hamba-Mu yang penuh dosa ini, usahlah Kau jadikan dosa-dosa kami yang menggunung tinggi suatu pengahalang untuk Kau makbulkan permintaan kami...

~ Nai @ Tak Je.


 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan