Ahlan Ya Ramadhan
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak pasemboq aku ni, sedar-sedar dah 5 hari kita berpuasa. Rasanya baru semalam aku siapkan menu sahur dan iftar untuk 3 hari pertama. Orang lain buat jadual menu sebulan, aku dapat 3 hari pun dah tak serupa bikin. Bukan apa, sama jugak kalau aku sediakan koleksi pakaian nak pakai seminggu, akhirnya sampai waktu kejadian, tetap pilih yang lain. Apa pesen pun tak tau la!
Ramadhan kali ni cuaca tak menentu, kadang-kadang dah macam kat Australia je. Tengah-tengah panas terik, langit bertukar mendung dan hujan turun membasahi bumi selebat-lebat alam. Kalau jenis tak sediakan payung dalam kereta ataupun dalam handbag, maka bertabahlah tunggu hujan reda. Bagi para penunggang motorsikal kat luar sana, baju hujan dilupa jangan. Banyak asid air hujan zaman sekarang ni, nanti demam payah pulak musim-musim pandemik ni.
Minggu lepas aku lama jugak stuck dalam kereta tunggu hujan reda, bukan sebab takde payung tapi kalau dah lebat sangat campur dengan angin sekali, confirm basah jugak baju nanti. Tunggu punya tunggu tak reda-reda, jenuh jugak la bermonolog secara solo dengan adegan-adegan drama Korea pujaan terbaru, Vincenzo dalam kepala otak. Sudahnya aku keluar la berpayung bagai, takkan nak berumah bertangga dalam kereta berjam-jam pulak.. takde kerja sangat ke?
(Saranghae, Vincenzo!)
Anyways, macamana puasa korang setakat ni? Aku asyik terlupa je nak snap gambar juadah, duk jamu mata gambar kawan-kawan dalam whatsapp group(s) dan media sosial memanjang. Lagipun satu lagi sebabnya, pakwe aku jenis makan kuih dulu masa iftar, nak hidang awal-awal lauk pauk nanti sejuk dia tak gemar. Lepas solat maghrib baru dia makan nasi, masa tu aku dah kalut ribut taufan segala. Nak senang, ambik je gambar masa anak tengah makan, macam kat bawah ni. Takde la susunan juadah yang tampak menggiurkan, harap maaf.
Semalam aku makan berselera betul, lauk simple je tapi kena dengan tekak kampungku ini. Menu of kos la aku yang pilih, karang tak sesuai pulak dengan piawaian pakweku itu, ingat senang ke? Gulai ikan talang masin, ikan talapia goreng, sayur campur dan sambal lada Kelantan. Itu je main course nya, yang lain tu ada murtabak diraja dan kuih tepung pelita, dua-dua aku tak sentuh. Mengadap main course aje dengan penuh jelira.
Ok la you guys, Ramadan Kareem diucapkan kepada semua. Aku nak gerak ke Pasar Tani dulu, terima kasih sudi singgah. Later, cheerio!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment