Minah Pustaka
Assalamu’alaikum. Apa khabar kawan-kawan semua? Baik jangan sibuk fikir nak balik kampung, ya... nanti hati makin sebal, rindu makin menggamit. Sabar dan terus bersabar, itu je pilihan yang kita ada sekarang. Jenguk dalam senarai entries, ada gambar ni terkontang-kanting kat deraf. Kesian pulak, meh kita story sikit apa adanya.
Aku dulu pustakawati kat sekolah rendah dan sekolah menengah, jumpa “jodoh” pun kat perpustakaan, jangan marah...! Kalau kat Terengganu, orang panggil ‘pustakawang’: ada tambahan huruf ‘G’ kat hujung tu. Makanya, aku ni pustakawang la kan.. mungkin lebih indah ditambah abjad ‘I’ boleh jadi wangi. Ataupun tambah ‘SA’ jadi wangsa. Nak glamour sikit, sebut aje librarian. Itupun kadang-kadang di’terengganukan’ secara semulajadi kepada ‘laibreghieng’. Haish... rindu zaman dulu-dulu!
Orang yang minat library ni akan selamanya begitu, kalau masuk kedai buku besar macam Kino, MPH dan Popular mulalah tak reti nak balik. Ada satu aura romantik dan misteri bagi aku dikelilingi buku-buku pelbagai genre. Masa UIA dulu pun aku suka lepak kat library, seboleh-bolehnya cari tempat tersorok dan cepat-cepat ambik “cube”. Duduk menyendiri dalam kiub buat hal sendiri, hilang dibungkus kedinginan aircond dan dibelenggu dilema seorang law student. Menghafal teori, fakta dan undang-undang.... sungguh membosankan! Sekali bila dah praktis, takde la susah mana pun.
Satu perangai yang aku tak berapa faham, kalau nak study aku kadang-kadang suka pergi cari surau di pusat beli-belah. Library bila hujung-hujung musim kuliah bagi aku dah jadi semak, mungkin sebab batch aku dah grad dan tinggal aku berjuang sendirian. Sekarang cara aku jauh berbeza, tak kisah mana-mana pun aku berada, boleh je buat kerja yang memerlukan fokus dan konsentrasi lebih had. Yang penting, takde orang memekak ataupun sesiapa yang menyakitkan jiwa. Aku berada dalam dunia aku sendiri bila-bila masa aku memilih untuk tenggelam. Deep? So be it.
Once a librarian, always will be...
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment