Akhir Ogos 2021

Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak Cik Puan Tak Pe Je ni, korang okay ke tak sekarang? Aku ada je ni, masih bernafas di bumi Kuala Lumpur. Dengar cerita tak lama lagi kita nak beralih ke fasa seterusnya, maklum la kadar vaksinasi dah melebihi 80% di sekitar Lembah Kelang. Ada jugak angin lalu bagitau, katanya terus level complete lompat kelas bagai. Fakta atau auta kita tunggu dan lihat je la, okay? 
 

Hari ni 31hb akhir bulan Ogos, kita sambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 ramai-ramai kekal di rumah. Esok dah masuk bulan September dan berakhir sudah birthday month bagi diriku yang sudah berumur 45 tahun secara rasminya 20hb aritu. 

Birthday kali ni aku extra cengeng la, aishh… entah la apasal laju je turun air mata kasih pagi-pagi buta. Rasa macam makin luruh je daun-daun hayat menanti destinasi terakhir. Hujung-hujung usia ni apa yang paling penting adalah kasih sayang, melebihi tahun-tahun sebelumnya. Hadiah terulung adalah perhatian dan lambang cinta mesra, bukan lagi emas permata. Zaman pandemik ni banyak-banyak la beli jiwa, sebab esok belum tentu milik kita bersama. Kiri kanan ada je insan-insan teristimewa pergi menyahut seruan Ilahi, tewas melawan virus covid-19. Rasa di hati ucapkanlah, usah dipendam sementara mereka masih di sisi kita. 

Aku doakan kita semua sentiasa berada dalam rahmat kasih-sayang Allah, kekal saling mengasihi kerana-Nya. Syukur ke hadrat-Nya atas segala nikmat yang diberi percuma. Jaga diri hiasi peribadi kita bersama, selamat puja usia dengan penuh rasa cinta dan kasih mesra selamanya. Ameen..!

~ Nai @ Tak Pe Je.




Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan