Harinya Sudah Tiba


Assalamu’alaikum. Hari ini selesai sudah dos ke-2 program vaksinasi negara bagi diriku, alhamdulillah. Lambat sikit turun dari rumah, sebab bangun subuh pun dah lambat. Breakfast pun takat makan seketul biskut dan minum segelas air suam. Dapat pulak drebar grab yang bercinta bawak kereta, nak gesa suruh laju karang kesian pulak, lagipun takde la jauh sangat Mega PPV KLCC dari kawasan kejiranan aku. Bersungguh-sungguh dia duk cerita pasal pengalaman vaksinasi, dapat pfizer katanya (walaupun aku tak tanya, okay). Aku iyakanlah aje, kebetulan kurang ada mood nak beramah tamah sejak bangun Subuh. Tapi hikmahnya, dia drop aku kat pintu masuk ke-2, tempat OKU. Panik kejap aku, eh boleh ke ni, kan OKU Entrance? Katanya takpe, boleh jugak lalu ikut situ, tengok ramai kan yang masuk? Aku teragak-agak lalu depan abang2 RELA, tunggu nak kena sound je muka. Rupa-rupanya memang takde hal, elok je dorang jemput masuk. 


Aku expect mesti kena Q panjang sebab dah lambat kan, tapi seronok betul bila tengok langsung tak crowded PPV nan gedabak itu. Ke depan terus jalan, para petugas check My Sejahtera dan kad vaksinasi sekali lalu, kemudian bagi nombor giliran. Lepas tu ko jalan je la Kak Temah oi, jalan dan jalan lagi sampai ke tempat yang ditetapkan. Aku punya kat kiub no.7, Poliklinik Gomez sama macam dos pertama. Kali ni disebabkan isu semasa yang viral, beriya nurse duk tunjuk kat aku botol Sinovac, kandungannya 0.5ml dan aku pun waaah… selamba je perhati segala prosedur sampai selesai. Maybe sebab duk fokus beriya, sakit sikit kena cucuk dos ke-2 ni. Lepas tu nurse tadi dengan penuh dedikasinya tunjuk picagari, “Tengok ni, dah kosong kan puan?” Aku sengih je, mengangguk. Sempat jugak dia mengadu handiplast dah tinggal sikit, takut tak cukup je sampai petang. Aku tak tau nak komen apa, gelak je mampu. Dalam hati, kesiannya dorang ni.. macam takde tempat mengadu. Padahal kat hospital ke klinik ke, takat letak kapas je lepas cucuk, mana ada handiplast bagai. 


Lepas vaksin tu, aku tunggu nombor dipanggil untuk memasukkan data dan sijil digital dalam My Sejahtera. Situ je la kena tunggu kejap, tapi takde la sampai 10 minit pun. Kebetulan depan kaunter ada toilet, aku terus masuk untuk makan 2 biji paracetamol sebelum melangkah keluar. Sambil-sambil tu biasalah berhenti ambik gambar orang dan diambil gambar oleh orang, tanda hadir lebih kurang. Kira sekali harung OOTD la kan? Aku pakai long dress kain cotton yang aku jahit sendiri hujung tahun 2019 masa nak pergi Pulau Kenyir. Layer dengan jaket  denim yang dibeli kat Hatyai masa anak sekolah rendah lagi dan sarung je tudung instant nak mudahkan urusan. Simple dimple, right?


Kali ni ada free goodies pulak sebelah photo booth, aku ambik la kan apa lagi? Dalam tu ada air mineral 500ml, hand sanitizer, vanilla muffin dan sekeping baucer Petronas. Tak perasan ada ke tidak masa dos pertama dulu, macam takde seingat aku. 


Balik la lepas tu, mana ada nak berjimba ke apa pun. Kejap je selesai, alhamdulillah. Syukur pada Allah atas segala-gala yang dipermudahkan dari awal hingga ke akhir. Tak kisah la lepas ni ada dos ketiga ataupun tidak, janji settle dulu dua dos untuk semua penduduk bumi tercinta ini. Sekarang dan akan datang sudah pasti muncul macam-macam varian baru, mungkin virus baru, pandemik baru, mana kita tau kan? Jadi kita jagalah diri dan kesihatan kita dengan sebaik mungkin. Jangan kedekut untuk memanjakan diri dengan insurans, supplement dan ubat-ubatan demi kelangsungan hidup yang lebih sempurna. Hargailah kesihatan sementara masih diizinkan Ilahi kerana hanya orang yang pernah sakit tahu apa ertinya sihat. 


Jaga diri, kawan-kawan dan hiasi peribadi. Sebarkan kasih-sayang dan pinggirkan iri hati. Terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan