Posts

Yang Listrik dan Magis

Image
Assalamu'alaikum. Kali ni aku nak kongsi tentang BB cream, produk kedai farmasi ataupun nama glamour internet nya, drugstore, padahal selama ni kita duk panggil farmasi je pun. Masa aku mula-mula dengar perkataan drugstore habis SPM zaman tok kaduk dulu, menggigil kejap nak masuk. Punya la saspen dan konpius, amenda la ayah aku nak masuk kedai dadah, kata nak beli surat khabar! Biasanya dia panggil "News Agent", paham la aku at least ada bunyi yang relevan dengan surat khabar, tapi drugstore? Haa... biasalah, budak baru sampai dari Kuala Terengganu, mana nak paham dialek UK. Dah masuk matrik sampai la grad dan kerja semua, orang kita masih panggil farmasi la takat Watsons dengan Guardian tu. Sejak dua menjak dunia tanpa sempadan ni berleluasa, orang kita yang buat you.tube channel mekap-mekap ni pakat duk sebut macam omputih dah, drugstore situ drugstore sini. Hurmm, ok la deq non, ahkak ko paham... kita ikut la arus perdana, hokeh? Aku ni memang duk guna produk ...

Mangkuk Dalam Perahu.

Image
Assalamu'alaikum. Anak semata wayang aku ni dibesarkan takde rasa takut nak cakap ataupun mintak apa-apa daripada mak bapak dia. Jangan duk pendam, communicate elok-elok biar orang tau apa dia nak bagitau. Dia suka, bagitau. Tak suka pun bagitau. Sudahnya selamba badak je cakap "No thanks" kalau ajak pergi mana-mana tempat yang dia tak gemar. Bab itu pelan2 ajar semula, jangan sampai tak tau adab pulak, kan? Bukan senang nak mendidik anak zaman sekarang ni, tak macam zaman aku dulu angguk-angguk geleng-geleng. Takut kena tempeleng... Ada masa-masanya dia teringin nak makan kat tempat yang dia suka, balik sekolah tak sempat sampai rumah lagi dah bagitau "Mi, azieq teringin nak makan Boat Noodles" la, contoh awal bulan hari tu. Kadang2 dia spesifik sebut nak makan bertiga, selagi tak cukup korum dia akan bertegas nak tunggu. Aku forever sesuai je masa untuk teman, daddy la kena sesuaikan jadual. Makan betul dia malam tu, seronok aku tengok, patut la siap m...

WW ~ Muka Sepesen

Image
Mak Lom bersama anak saudara nan dua ketul... ~ Nai @ Tak Pe & Je.

Overall Jeans: Apa Salahnya?

Image
Assalamu'alaikum. Ok, hari ni kita borak pasal overall jeans pulak, hari tu dah settle pasal overall dress kan? Pagi tadi sebelum turun pergi ofis, bibik bagitau nak beli saiz besar sikit, yang saiz 31 skinny sangat dengan dia, segan tak pernah pakai seketat itu. Masa pakai saiz 36 yang aku punya dia rasa selesa cuma bahagian belakang longgar sangat boleh masuk bola. Masalah beli pakaian tak boleh nak try dulu memang gitu la kekdahnya, mesti ada tak kena kat mana-mana. Kita nampak dalam gambar macam elok je model gayakan, tak nampak ketat pun. Padahal dorang tu cekeding, makan pun bercatu takut tak muat baju. Kita ni tolak batu dengan kayu aje, mau tak kembang kembung belaka? Haa... tepuk!  Cuma kalau tengok semula gambar plus size dgn normal size ni, nampak kelainannya dari segi potongan seluar. Patut la dengan bibik pun macam balut luka dia punya sendat, memang skinny yang amat. Katanya nanti tak lepas nak pakai kat kampung, kawasan depan rumah dia tu madrasah. Heheh iya...

Saat Yang Ku Idam

Image
Hingga Tiba Saat Itu... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Kongsi Cerita, Gong Xi Ni!

Image
Assalamu'alaikum. Takde rancang pun nak pakai merah hari ni, tapi bila dah masuk kereta baru perasan, sesuai pulak dengan tema CNY pakaian atas sampai bawah. Mak tanya, "ni baju bila pulak?" sambil tersengih, pelik sebab tak pernah tengok aku pakai. Aku bagitau la dia, baju ni aku modify daripada body hugging midi yang aku beli lama dulu kat Padini. Maklum la, mak aku Lembaga Penapisan Filem paling utama kat rumah ni. Kiranya ada dua tapisan nak kena lulus, mak dengan cik abang, ingat senang ke jadi aku? 😂  Kalau nak dapat gambaran rupa asalnya, lebih kurang macam ni (kredit pada Shopee), cuma jenamanya Padini dan lebih labuh sampai buku lali. Masa beli tu dah tau takkan lepas nak pakai punya, tapi dah berkenan sangat, angkat jugak. Ingatkan nak pakai masa pergi bercuti kat tempat sejuk, malangnya tak berapa selesa kat bahagian lengan, dah la senteng. Natijahnya, tergantung sepi dalam almari begitu saja. Satu hari aku mulakan projek murni untuk upcycle midi dress...

Overall Dress ~ Antara Yang Manis

Image
  Assalamu'alaikum. Masa zaman universiti dulu, selain skirt labuh, aku sangat suka pakai dress walaupun takde banyak dalam simpanan. Aku teringin sangat nak beli overall dress tapi susah nak cari yang sesuai dengan kehendak dan bajet. Ingat lagi betapa nak sangat, aku pergi la beli kain ela kat mana entah, mintak tolong sorang saudara jahitkan dress labuh tanpa lengan. Sejak tu jenuh duk ulang pakai dress tu dengan cardigan, ada masanya letak kat luar dan ada masanya pakai kat dalam. Bila dah grad sampailah jadi mak orang, aku tak pulak sibuk cari overall dah, cukup dengan denim skirt saja. Kecenderungan bertukar kepada jubah dress, sesuai dengan peredaran zaman. Sehinggalah tahun 2020 ni, apa mimpi entah duk sibuk minat macam zaman anak dara pulak. Outing lebih gemar pakai skirt labuh berbanding seluar jeans dan gigih mencari overall kat Shopee dan Lazada.  Cari punya cari, terjebaklah dengan kedaibajumurah96 kat Shopee. Dari situ, aku try order sehelai overall dress...