Overall Dress ~ Antara Yang Manis

 Assalamu'alaikum. Masa zaman universiti dulu, selain skirt labuh, aku sangat suka pakai dress walaupun takde banyak dalam simpanan. Aku teringin sangat nak beli overall dress tapi susah nak cari yang sesuai dengan kehendak dan bajet. Ingat lagi betapa nak sangat, aku pergi la beli kain ela kat mana entah, mintak tolong sorang saudara jahitkan dress labuh tanpa lengan. Sejak tu jenuh duk ulang pakai dress tu dengan cardigan, ada masanya letak kat luar dan ada masanya pakai kat dalam. Bila dah grad sampailah jadi mak orang, aku tak pulak sibuk cari overall dah, cukup dengan denim skirt saja. Kecenderungan bertukar kepada jubah dress, sesuai dengan peredaran zaman. Sehinggalah tahun 2020 ni, apa mimpi entah duk sibuk minat macam zaman anak dara pulak. Outing lebih gemar pakai skirt labuh berbanding seluar jeans dan gigih mencari overall kat Shopee dan Lazada. 


Cari punya cari, terjebaklah dengan kedaibajumurah96 kat Shopee. Dari situ, aku try order sehelai overall dress size XL sebab sedar diri kena pakai 1 size bigger demi menutupi bumper to bumper. Tapi bila dah pakai, terlebih la pulak inci dan kena alter nak kasi tak terlampau kembang dan labuh. Jadi aku consult la tauke kedai dan tanya macam-macam, yakinlah akhirnya nak try beli yang free size pulak, sebab tengok spek semua, menepati ukuran. Order sekali overall jeans, 1 size bigger of course sebab seluar payah nak lepasi piawaian, tak macam skirt.


Ternyata helok sangat muat dengan aku pinafore ni, alhamdulillah.. tak payah nak alter kembang ke labuh ke apa, ngam segala. Seluar pulak, hurmm... nak tunjuk gambar tak boleh la, kena sarungkan kemeja kat luar dulu. Menjerit bonda tengok aku pakai, dia ingat aku nak keluar pakai overall jeans, buang tebiat dah tua-tua. Try je la, tau takkan lepas punya pakai macam tu. Duduk kat rumah takpe, kalau nak melepasi pintu pagar je wajiblah sarung sehelai kemeja labuh sebagai outer. 


Bibik seperti biasa berkenan dengan apa yang puan dia beli, jauh termenung nak beli jugak overall jeans warna hitam, stretchable canvas denim, no less, kena sama sebijik puan punya. Kesian tengok, aku belikanlah sehelai lepas confirm saiz yang sesuai dengan tauke kedai. Saiz dia normal, 31 dah boleh tampung pinggang 28" dan bumper 37". Aku ikutkan saiz 35 sebab pinggang 32" tapi kan masalahnya di bahagian bawah, maka terpaksa tambah RM10 untuk ambik plus size. Bila cerita kat cik abang, tergelak dia kat aku, heheh apa nak buat dah nasib badan. Bibik pakai overall jeans takde hal, badan dia nipis macam papan.. aku pakai jadi curvy, maka tak sesuai la kan dengan usia senja nan merah. Orang lain aku tengok selamba je pakai walaupun saiz badan takde la kecik mana, cuma aku la yang tak selesa. Nanti nak berjalan pun rasa canggung, baik tak payah.


Tadi share dengan kawan yang dulu memang hari-hari pakai pinafore dress labuh kat UIA, berdesup nak order jugak. Lepas ni boleh la berjimba sama-sama dan berlagak macam zaman bujang dulu kala, kan? Heheh.  Esok sampailah insya Allah overall jeans Bibik, dia pun dah terkinja-kinja tak sabar. Mak kata, "tak habis-habis sibuk nak ada benda yang puan kamu ada". Takpe la kan, janji dia bahagia. Bukan mahal pun, RM59 dah boleh tengok orang melompat-lompat kegembiraan. Itu yang mahal.

~ Nai @ Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan