Projek Skirt Labuh Denim
Assalamu'alaikum. Aku ada satu projek upcycle jeans lelaki menjadi skirt labuh, saja teringin nak try bila tengok orang duk buat dalam you.tube, cuma dorang buat skirt pendek dan bukannya skirt labuh. Kebetulan pakwe tak nak pakai sepasang jeans jenama Lois yang dah reput di hujung-hujung kaki seluar, betapa seasoned nya menda alah ni. Walaupun saiz sama dengan seluar yang lain, dia tak selesa pakai yang ini sebab potongannya kecik di bahagian peha. Jadi, aku mintak nak alter pada awalnya, tapi memandangkan ada sehelai skirt labuh yang digigit tikus (ataupun dimakan anai2, aku lupa fakta) dalam almari rumah Temerloh, aku tukar rencana kepada projek upcycle ini. Lama prosesnya dan baru suku jalan aku dah rasa menyesal mulakan, boleh bayang tak? Aku tak ambik gambar sebelum, mostly sebab mood ke laut sepanjang usaha gigih menyudahkannya, tapi inilah hasil projek cari pasal aku itu...
Disebabkan aku tambah kain di kiri kanan poket tepi, pinggang asal jeans sudah lari daripada ukuran, memaksa aku perah otak untuk memastikan tak banyak kerja tambahan perlu dibuat, dalam masa yang sama nak mengekalkan struktur asal sedaya yang mungkin. Ada fasa hampir seminggu yang aku give up, simpan aje menda alah ni diam2 dalam almari, tenangkan diri dulu sambil menjamu mata cari overall dress kat Shopee. Malam semalam baru keluarkan semula dari simpanan dan pelan-pelan mulai nampak jalan penyelesaian. Aku gunting kain skirt ada lebih lagi, sambung pinggang skirt denim aku tu, dan tambah butang baru. Nasib baik memang dah beli butang extra jeans kat Mr. DIY minggu lepas. Sambungan kain bahagian depan dan belakang yang menyakitkan mata dan jiwaku sebelum ni, aku pelan2 susun dan pin semula kasi rapi. Sebenarnya aku dah tersalah step pada peringkat awal, sebab tu payah nak menjadi dan membuatkan aku frust sampai campak masuk almari.
Bila dah tenang dan nampak macamana nak baiki jadi elok semula, aku berjaya siapkan projek ni sepenuhnya selepas zuhur hari ni. Terus pakai kejap2 itu jugak, mak pesan toksah duk bawak keluar la, pakai kat rumah sudah. Macam takde skirt lain, bertampal2 malu kat orang je. Heheh sabo je, mak bukannya paham fesyen2 ni, dia sikit2 malu kat orang, sikit2 takut orang mengata. Anak dia tak kisah langsung pasal orang, janji diri sendiri suka dan selesa memakainya, jalan terus. Orang tak suka, boleh blah!
Aku memang banyak pun denim skirt, betul la mak cakap tu, tapi yang tampal2 macam ni belum ada. Lagipun daripada duk pakai skirt yang sini sana ada kesan gigitan cinta haiwan perosak, lebih baik pakai skirt tampal2 hasil kombinasi jeans jenama Lois yang sangat berkualiti sebegitu rupa. Dapat jugak pahala kat cik abang aku, kasi jeans kat bini untuk mengasah bakat terpendam dalam bidang jahitan ni, tak gitu? Bibik punya la suka, siap ambik gambar depan dan belakang hantar ke kampung sana, mintak adik dia jahitkan fesyen yang sama. Banyak jeans lama yang dah tak pakai katanya, bagus ditukar menjadi skirt labuh.
Korang pun try la jugak, kalau nak mudah, buat je skirt paras lutut pakai kat rumah, kalau takde bukan mahram. Aku tak kuasa nak buat dah, setakat ni memang serik buat projek skirt labuh daripada jeans lama. Tak cukup sabar nak bukak jahitan, sambung sana sini, rapikan betul2 dan cantum segenap sudut penuh teliti. Beli je la senang, murah je kat Shopee dan Lazada. Tapi itu bukannya bermakna aku letak jawatan, cuma berehat seketika. Never say never!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment