Ada Bahagian Masing-Masing...

Assalamu'alaikum. Kadang2 boleh je kita kumpul gambar2 yang ada dalam galeri telefon untuk dijadikan entry rojak. Ada jugak manfaatnya daripada melangut penuhkan kapasiti memori. Duk tengok Fatin Zaki kejap2 order Dah Makan, terpanggil la nak try sekali, mana la tau kot boleh bukak seleraku ini. Tapi harapan biasalah tak seindah kenyataan, sekelumit pun aku tak lalu. Terbang macam tu je patplo henggit jatuh ke longkang kecepuk bunyinya! Nak kata sebab sejuk 'senyyek' (bahasa Terengganu, penguat kata bagi sejuk), bukan jugak. Boleh je hangatkan guna microwave kat pantry, memandangkan masa tu waktu bekerja dan aku ada kat ofis. Masalahnya sel otak aku tak berhubung dan bikin komplot dengan deria rasa biar tak berfungsi, padan muka minah tu tak selera! Haa seolah2 begitulah konspirasi terancang tahap tertinggi yang didalangi oleh Angin Satu Badan, yakni Samseng Kg Dusun dalam cerita ini.



Maka, amatlah tak adil untuk aku review menda alah ni sebab confirm la ke Laut Hindi tenggelamnya nanti. Cuma jagung bakar tu best, itu je yang sesuai bagi aku masa tu. Lapar punya pasal, aku paksa jugak telan biar sekurang-kurangnya tak la terlampau berdosa buang dalam bakul sampah. Yang bijaknya, aku pergi makan terung tu, badan awak tu tengah penuh angin, duk bermain di pinggiran kincir angin kenapa? Mentang2 la bodoh tu free, takkan la tak tinggal sikit kat orang lain nak tapau ikat tepi! Babab karang, nak?


Angin ke tak angin, bersiap tetap kena rapi, ok kawan-kawan sekalian? Jangan biarkan mood anda diterbangkan angin tak reti bahasa itieww..


Balik rumah petang tu, ada parcel sampai.. alangkah bahagianya bila tengok telekung travel berwarna dusty pink (?).. terima kasih Ya Allah, kau gerakkan hati si pemberi untuk menghadiahkannya kepadaku. Baiknya member tu ingat kat aku, tanda terima kasih sebab singgah lepak rumah dia 2 tahun sudah. Haa.. kan main lama lagi nak sampai hadiah tu, jangan tak tau!


Rabu pun datang.. member wassap ajak keluar mengopi masa lunch break, dibawanya aku ke Jamaica Blue Fine Coffee kat Melawati Mall pengena kopi kaw Blue Mountain tak boleh bawak bincang punya. Scones yang biasanya best, terasa payau tiada seri.. ruginya kan bila nikmat selera ditarik? Nasib baik selama ni aku tak pernah tahan kalau jumpa makanan sedap, kalau tak mesti rasa menyesal yaamat gitu! Tak masuk ofis dah kan, solat zuhur kat situ pun dah pukul 3 lebih.. kawan aku hantar balik, dan aku terus gerak ke sekolah anak sebelum terkandas dalam jem. 


Khamis pastilah Hari Batik Nasional, macam biasa aku ambik inisiatif nak pakai sejenis batik. Baju ni aku jahit sendiri, orang buat kain padan dengan kebaya, aku buat baju kurung modern ala2 shalwar kameez belah kiri kanan. Nak kasi efek lebih profesional, aku pakai dengan skirt potongan A daripada fabrik untuk blazer. Gambar takde, sorry.. sebab hari ni busy terlebih sikit, kena mengadap client kat Dataran Palma sebelum berkejar ke Gombak untuk urusan peribadi pulak. Tak sempat nak mintak tolong paksa rela sesiapa untuk snap gambar OOTD, selfie je ada ni haa.. Caption: "Summer All Year Round". Panas lit2 alahai! 


Elok je sampai Gombak, gerimis mulai mengundang. Ya Allah, punyalah happy tengok hujan turun... rasa macam dapat Anugerah Skrin ke apa entah! Maklum la dah dua minggu lebih Lembah Kelang panas sangat-sangat, bila akhirnya hujan, rasa macam White Xmas bagi orang putih. Anak aku lambat keluar, lepas latihan karate dia solat asar dulu, aku lepak tunggu dalam kereta. Bersesak2 menghala ke Hulu Kelang, risau terlepas asar, aku berhenti solat di BHP Petrol sebelum meneruskan perjalanan ke Setiawangsa. Tapi Allah baik sangat kepadaku, alhamdulillah.. jalan takde sedahsyat mana sesaknya, 6.30pm dah sampai rumah. Bila kita dahulukan-Nya, ada bahagian kita Dia kasi, aku pegang tu. 

Ok la ya, terima kasih sudi baca dan sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan