Bukan Selimut Tetangga
Assalamu'alaikum.
When I need you
I just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you
It's only a heartbeat away
When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day
Pernah dengar lagu tu? Haa... hopeless romantic macam aku layan la lagu-lagu jenis gitu, kan? Zaman dulu orang buat lagu jiwang karat, beli jiwa habis. Nak jadikan cerita, masa aku pergi Ikea dalam dua tiga tahun lepas, lagu When I Need You automatik bermain-main di benak ini, bila aku tengok selimut warna kelabu yang dinamakan 'Polarvide'. Aku ambik sehelai bawak balik, dengan niat suci murni nak jadikan poncho dan letak kat pejabat. Sehelai selimut tu dapat buat 2 helai poncho, tapi orang akan ingat aku pakai yang sama je tak basuh ke apa, maklum la sama je bendanya.
Aku macam biasalah, suka menongkah arus.. orang buat selimut ataupun alas sofa, aku buat poncho, tapi manfaatnya tetap sama: Keeping me warm night and day. Kadang2 tak nak la asyik pakai blazer kat ofis tu, ada baiknya pakai poncho. Kalau nak selempang gitu aje karang tak jadi kerja, baik aku baring atas sofa, bungkus badan dan doze off barang sejam dua. Siapa nak datang sign, tunggu melangut kat luar, ada ke munasabah macam tu? Memang tak ar... maka, aku jadikannya dalam bentuk poncho, bukan ke lebih presentable dan trendy?
Nak bawak pergi tengok wayang pun boleh, tak pun masa naik flight setakat dalam negeri ataupun negara-negara bersebelahan yang memakan masa tak sampai 3 jam, tersangatlah sesuai dan selesa yang amat. Tapi kalau nak bawak pergi tempat sejuk di bawah paras beku, buang masa je, agak-agak la kan? Disebabkan tu la aku duk berkira-kira nak cari jalan macamana nak buat poncho yang tahan sejuk beku pulak, mungkin lapik selimut Ikea dengan kain fleece ke apa ke, menarik jugak. Kalau poncho daripada benang kait macam kat Spain, Mexico, Kashmir tu semua baik beli kat Lazada je, takkan aku nak belajar mengait pulak dah, sekian terima kasih je ler! Aku tak buat menda yang aku tak minat, paksa2 pun tak jalan jugak, percuma aje. Dalam almari ada sehelai baju winter yang aku rasa boleh diubahsuai untuk menjayakan projek aku ni, cuma belum datang seru nak mengerjakannya. Kita tengok la apa jadi nanti, tunggu dan lihat saja. Sementara itu, kita cuba lelapkan mata la dulu, esok hari yang panjang menunggu fokus dan tenaga. Terima kasih sudi baca, jumpa lagi nanti. Assalamu'alaikum.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment