Langit Petang Isnin

Assalamu'alaikum. Isnin memang hari yang kebiasaannya lebih havoc daripada biasa, mungkin kerana permulaan minggu baru. Jalan raya, pejabat, institusi kewangan, kedai makan, pendek kata semualah lebih sibuk dan menyendatkan kepala otak. Maka fenomena 'Monday Blues' sangat sinonim di seluruh jagat dunia nan fana ini, tahap evergreen yang membuatkan kita terpaksa relakan jiwa menerima apa adanya.


Hari Isnin kali ni bagiku walaupun havoc, lebih mendamaikan, mungkin sebab aku cukup rehat hujung minggu. Masa lunch bibik datang hantar sup kambing, sambal paru, ikan pelaling rebus-goreng, ikan masin dan sayur campur. Muhammad pun ikut, jenuh bising duk cerita dia balik kampung pergi pantai main pasir dan air laut. Itu la yang menjadi faktor hati ini lebih damai dan berbunga-bunga, budak comel tu keletahnya terlalu menghiburkan. Ada member datang jugak kebetulannya, aku ajak makan sekali. Sebelum balik dia bagi souvenirs dari New Zealand, oh gumbiranya tidak terperi! Aku kata kat dia, "To Dream Is Free. To Travel Is Not". Sementara mampu pergi sendiri, kita berangan je dulu sambil menumpang syafaat kawan2 yang ingat nak beli ole2 dari jauh.


Terjebak kejap dengan menda alah ni, tapi malas nak kongsi kat FB, aku screenshot lepas tu delete. Hehe sabo je ler, nak jugak menyemakkan blog sendiri. Bukan apa, menyampah tau menda2 gini, konon suruh pilih bagai.. padahal cuba buat dua tiga kali, result yang keluar akan beza2, boleh je orang pilih yang mana sesuai ikut citarasa sendiri. Aku menyampah pun, layan jugak saje la kan, buang masa. Kasut2 yang dorang letak kat situ mana ada style aku pakai, mana aci. Macamana pulak kalau semua jenis kasut tu orang pakai ikut keadaan? #tiber.


Balik ambik anak, singgah Aeon AU2 lepak makan sandwich kat Subway, nak termuntah kutahan, Jebat! Lamanya tak makan sandwich besar gabak, heran sungguh macamana anak bertuah boleh makan foot long? 


Masa ambik gambar OOTD aku, budak bertuah tu siap mencangkung, cari angle boek katanya. "Lawa langit, mummy!" Hurmm.. ye lah, anak siapa la agaknya suka tengok langit? Nak tergelak pun ada, tak sia2 duk borak pasal langit sejak dia kecik tiapkali naik kereta, pergi jalan dan buat apa je lah.. sikit2 suruh dia tengok matahari, langit, pokok, gunung, awan, eh semualah yang aku rasa menarik. Kita kena appreciate keindahan alam ciptaan Tuhan, tak gitu? Kalau korang perasan, langit nampak macam laut... cuma terbentang di bahagian atas, sedangkan laut terhampar di bahagian bawah. Cuba bayangkan kalau nanti langit runtuh menghempas bumi, bersatu dengan lautan? Allahu Akbar! Macam mak selalu kata, "mintak la mati dulu sebelum kiamat". Takut, kan? 

~ Nai @ Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan