Angin Satu Badan

Assalamu'alaikum. Korang pernah tak try Nasi Lemak Mc Donalds? Ada satu hari tu kami 3 beranak nak pergi mana entah, rasanya Penang kot. Tak tau mana nak makan apa kat KLIA masa tu, kami lepak kat McD dan aku belikan anak Big Mac macam biasa favorite dia, aku pulak Sundae Strawberry, macam biasa jugak. Sekali big boss bawak tray isi nasi lemak, terkujat sakan aku, "Eh, McD ada nasi lemak?". Ambik cuit sikit, ambik ko, sambal dia sedebik rasa macam kat MAS regional lounge! Aku suspek mesti syarikat yang sama dapat tender. Suspek je la, takde sebarang bukti video muka blur mahupun audio darling cayang busyuk bagai. 


Masa berjimba berdua dengan member aritu untuk attend seminar dan lajak ke Hatyai, aku beli nasi lemak ni kat McD, Penang airport. Sejak tu aku duk control je nafsu jangan duk buat lawak ulang makan nasi lemak, lemah tubuh badan nanti, lemau dan mata pun susah nak bukak pagi2. Bila dah jadi macam tu, minum kopi secawan besar pun takde maknanya.. kena cari bantal jugak lelap kejap, walaupun 10 minit.


Memandangkan aku tak lalu makan dua tiga menjak ni, aku menapak masa lunch pergi makan sorang2 kat McD dan pekena nasi lemak. Alhamdulillah ada la jugak nikmat makan, tak sampai separuh pun tapi jadilah daripada terkebil-kebil dan menguis-nguis tanpa haluan. Elok je habis sambal, selera aku pun terhenti di situ. Ayam tiga suap je laku, teh tarik dia nasib baik aku tak muntah, adeh 3-in-1 punya! Kalau masa selera elok pun aku tak boleh telan, apatah lagi masa tak stabil macam ni, memang tak ar! 


Ish, takde selera ni lebih kepada angin tau, orang Terengganu panggil 'medu' singkatan daripada 'hempedu' mungkin. Jangan ingat aku pregnant ke apa pulak, sesungguhnya tidak. Dulu masa arwah ayah ada, dia tau nak hancurkan biji angin dan tiup air kasi aku minum, siap jampi sirih dengan kapur kasi aku makan. Lama dah tak kena macam ni, haru biru sungguh tak tau nak buat apa. Mak suruh jumpa doktor, aku malas karang dapat ubat angin, lagi nak muntah. Kena mengurut la kot, nantilah aku panggil orang datang rumah.

Ok la ya, terima kasih sudi baca. Selamat berhujung minggu!


~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan