#moreskirtsplease

Assalamu'alaikum. Start tahun 2020 ni aku adakan hashtag terbaru untuk diri sendiri penuhi, iaitu #moreskirtsplease. Tetiba rasa nak kembali kepada imej zaman bujang dulu kala, yang suka sangat bergaya dengan skirt keluar berjalan-jalan. Bukan takde skirt dalam almari, cuma rata-ratanya memang sesuai untuk pergi kerja semata-mata, bukan untuk berbasahan secara casual hujung minggu masa outing. Makanya aku start la projek menambahkan koleksi skirts, sekejap je aku boleh siapkan sehelai, dari potong kain, pasangkan alas, cantumkannya dan lengkapkan getah pinggang. Sembat guna tangan dah malas, jahit jelujur guna mesin ataupun pilih dekorasi sulam aje sekarang.


Skirt potongan A ni aku guna kain lebih yang aritu buat palazzo, alas jugak nak kasi awet dan tak mudah merekah jahitannya. Lagipun bila alas, kekemasannya nampak lagi ketara dan terletak elok je di badan. Cuma panas la kan, kalau berlama-lama di bawah terik mentari. Tapi apa ada hal, kalau tak alas pun tetap kena pakai kain dalam, melainkan kita jenis tak kisah nampak bebayang tiang letrik. Ye lah, siapa kata tutup aurat sesuatu yang mudah? Tinggal lagi, kalau tak dilatih sampai bila nak terbiasa menahan panas, betul tak? Zaman sekolah dulu boleh je kita berkicap pakai simis dengan kain dalam segala, lagi la panas sebab kain baju sekolah kan tebal berbanding kain baju biasa? Kalau sekolah agama berganda-ganda lagi, sebab tudung pun kena labuh dan ada yang guna kain tebal tu, tak boleh guna kain nipis. Oh, ngerinya tiapkali ingat semula zaman-zaman tu! Aku masuk matrik UIA dulu, benda yang paling disyukuri itulah dia: Bebas daripada kengerian berpanas berkicap segala bagai. Kadang2 aku pakai tudung labuh dan baju kurung setiap Jumaat, sebab dah terbiasa rutin masa sekolah. Jenuh kena umpat sebab 6 hari yang lain aku pakai tudung biasa je bukan tudung labuh, aku gelak aje. Kelakar bagi aku, takde maknanya nak sibukkan apa orang kata. Itulah aku dari dulu, sampailah sekarang. Yang mengata tu pun habis belajar ada yang dah terbang tudung, ada yang lagi 'daring' daripada aku, macam-macam la. Aku masih chill, senyum apa adanya. Masing2 punya pilihan hidup, kita saling hormat-menghormati. 


Bak kata Sayyidatina Aishah r.a dalam hadis sahih yang lebih kurang intipatinya, "Masalah bermula apabila kita merasakan diri kita baik". Itu yang suka suki jadi 'haram police' dan perangai macam 'holier than thou', pandang orang sipi-sipi je, bajet confirm masuk syurga orang lain masuk neraka. Mak ai... species macam ni memang tak boleh blah, aku tak reti nak masuk dari zaman sekolah menengah sampailah universiti lagi. Maka dengan itu, marilah kita sama-sama berkasih sayang kerana Allah, berpesan-pesan dengan penuh hikmah dan berdakwah menggunakan pendekatan yang sesuai dengan target group, apa adanya. Mulakan dengan diri sendiri, hati mesti mau baik. Dunia akan lebih mudah untuk dihuni. Ameen..

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan