Create, Don't Hate
Assalamu'alaikum. Hujung2 tahun baru ni aku duk ulang mencari pencil skirts secara manual dan jugak online, malangnya takde yang menepati bajet mahupun selera. Mana yang ada, fabrik tak sesuai dengan harga. Mana yang ok, tak serasi dengan piawaian syariah pulak, percuma aje kalau beli nanti tak lepas nak bawak keluar rumah. Malas nak fikir banyak, aku pun pergi beli kain kat Nagoya Aeon Big, Wangsa Maju dan balik jahit sendiri, selesai masalah. Ikut citarasa dan garis panduan sesedap oren, siaplah sehelai pencil skirt dan sehelai skirt potongan A. Bila tengok ada lebih kain yang buat palazzo aritu, aku buat pulak sehelai skirt potongan A dengan lining sekali, menjadikan semua sekali 3 helai skirt Tahun Baru 2020. Err.. setakat minggu kedua Januari.
Ok la tu kan, kekdahnya hidup ni kita yang pilih samada nak terus membenci ataupun mencipta ruang kegembiraan. Hati biarlah penuh dengan rasa cinta, dunia akan menjadi lebih bermakna kepada diri sendiri dan orang-orang di sekeliling. Kata nak awet muda, petuanya mudah aje, bersihkan hati dulu. Yang lain akan menyusul.
Kebetulan pulak OOTD aku masuk betul dengan CNY decor kat Publika, skirt warna maroon dan tanglung warna merah.
Meletop!
Cuti sekolah hujung tahun 2019 kami bertiga tak ke mana-mana pun, takde rezeki kali ni, tapi takpe la, panjang umur kita berjimba lagi insya Allah, tak semestinya kena tunggu hujung tahun, betul tak? (sedapkan hati sendiri, hehehhe).
Anak bertuah ni suka pergi Jepun je, tempat lain mana laku. Mummy dengan daddy suka nature, pemandangan segala bagai, dah tu macamana? Tinggal karang tak boleh, hurmm..
Anyways, semalam makan Spaghetti Carbonara kat The Social, Publika tersangatlah sedap, alhamdulillah. Mulut aku ni payau dah seminggu tak lalu makan, cuti Tahun Baru aku masak biryani kambing 1 periuk dan biryani ayam 1 periuk, tengok saje je. Orang lain beriya kata sedap, aku nak muntah masa makan. Ruginya lahai... tumpang happy je la tengok orang berselera rapat menyuap. Menjadi pulak misi membuka selera, alhamdulillah.. bukan senang nak jumpa carbonara yang menepati piawaian aku. Rasa nak repeat, tapi takde maknanya.. belum tentu 2nd serving sama dengan yang pertama.
Ok la korang, terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment