Laila Namamu Teratas, Nai?
Assalamu'alaikum. Korang tau, aku ada sepasang baju kurung pesak yang paling nostalgik dalam lipatan sejarah hidupku ini. Aku tak banyak koleksi kurung pesak, tak macam kurung Pahang ataupun kurung modern. Tapi mana yang ada tu aku memang sayang, especially sepasang kurung daripada kain saree berwarna kuning, sepasang sutera Terengganu berwarna biru Mydin dan sepasang lagi berwarna hitam polos berbunga timbul, yang jarang2 aku pakai. Masalah dengan baju kurung pesak ni sama je dengan seluar jeans kalau dah umur pun 10 tahun, maka wajiblah mengecil berbanding saiz terkini, yang meriah sungguh jumlahnya. Banyak sangat dah yang aku ucapkan selamat tinggal tapi tidak yang tiga ni, kabhi nahi!
Meh sini tengok yang warna biru dengan hitam tu, meh...
I
II
Rasa nak lempang pipi sendiri, dah kenapa aku biarkan badan naik beriya? Muakakaka.
Meh sini tengok yang warna biru dengan hitam tu, meh...
I
II
Rasa nak lempang pipi sendiri, dah kenapa aku biarkan badan naik beriya? Muakakaka.
Maka gigihlah aku modify jadikannya kurung modern paras peha belah tepi kiri kanan supaya lega nak duduk antara dua sujud semasa solat, dan kainnya aku tukar jadi potongan A, takde dah susun-susun tepi bagai. Disebabkan kain kuning yang menjadi alas kain susun tepi yang sedia ada tak cukup nak cover ukur lilit kain potongan A, beriya la aku pergi cari kain lain yang lebih kurang sama dengannya kat Nagoya Aeon Big, Wangsa Maju. Sungguh fokus aku mencari, mana nak give up walaupun jurujual Nagoya kata takde. Tau sangat, dorang malas nak cari dan ambik mudah je cakap takde, ko rasa? Berkat keyakinan dan iman yang teguh, kaum Muhajirin dan Ansar bersatu, kan? Maka berkat benda yang samalah, dapat jugak kain alas berona kuning pulut untuk kubawa pulang, alhamdulillah. Auranya masya Allah, I see all yellow, y'all, kampung people for sure rasa happiness! Heheh mengarut sungguh 'slang' omputih Mona dengan Lailer tu ye? Sengih sorang2 aku kalau teringat senyuman manis Jekfer itieww. Cendols, anyone?
Ada somebody yang pernah aku kenali kata baju ni buat aku nampak lawa, tapi bukan itu sebabnya aku simpan jadikan mercu tanda kenangan. Susah tau tak nak cari ganti kalau kita dah hilang sesuatu yang kita sayangi. Jadi, hargailah selagi stok masih ada. Dah takde besok, menung je ler gigit jari. Anyways, bila dah start projek upcycle pakaian lama ni, secara tak langsung dapat mengasah bakat lebih tajam lagi, hari ke hari. Apa saja yang kita lakukan, jangan pernah cincai semata-mata, sedangkan Allah pun suka pada hamba-Nya yang bersungguh2 dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Aku selalu ingatkan diri sendiri, buatlah apa pun, biar sehabis baik dan jangan pernah berputus asa walaupun banyak kali terjatuh dan gagal bertingkat-tingkat. Asal jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat sampai boleh ikat tepi, sudah.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment