Projek Kebaya Songket

Assalamu'alaikum. Akhirnya aku pakai jugak kebaya songket cotton ni secara rasmi, sempena hari Khamis. Corak songket ni dah nampak macam wrapping paper zaman dulu kala, masa aku muda-muda. Aku selalu buat alas meja study, lekatkan dengan salotape dan balut hadiah untuk orang-orang terkasih. Begitulah special nya corak songket bagi diri ini. Bila tengok ada jual kat kainpasang.com, berdesup aku beli untuk kaum hawa di pejabat, biar pakai sama-sama nanti.


Seronok korang, dah pandai jahit kebaya sendiri ni.. achievement unlocked big time! Semoga tahun 2020 aku akan sedikit demi sedikit mempertingkatkan skill apa adanya. Kalau nak kira, takde la selesa sangat bahagian bahu dan lengan, sebelah elok sebelah lagi kureng.. tapi takkan la nak expect terus pandai macam orang otai. Belajar pun tidak, kena sedar diri la, kan?


Hari ni bermula kembali tugas rasmi sebagai drebar terhormat untuk anakanda tercinta. Momen terindah yang akan aku manfaatkan selagi mampu, mudah2an akan membentuk jatidiri dan perkembangan psikologi yang cemerlang kepadanya. Itulah kenangan yang boleh diceritakan hingga ke hujung nyawa. Aku sampai sekarang ingat lagi momen terindah naik kereta dengan arwah ayah, sepanjang jalan dia hantar aku ke airport balik KL. Macam2 dia berkongsi cerita dan meluahkan rasa, berpesan-pesan dan bergurau senda. Dan itulah yang aku buat dengan cucu dia pulak, kan dah jadi warisan turun temurun?


Kami singgah beli kuih muih kat Keramat, budak bertuah tu memang gemarkan karipap kentang kat situ. Aku suka kuih bakar dengan kuih koci, yummeh! Gambar takde, aku tak ambik, sorry.


Sempat mintak anakanda tolong snap OOTD mummy, bukan main bahagia pakai kebaya jahit sendiri. Boek! 

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan