Stress Management

Assalamu'alaikum. Stress jangan buat main, kalau tak diuruskan dengan baik boleh jadi depression, weh! Setiap orang mesti ada cara deal dengan menda alah bahaya ni, aku biasanya menjahit. Sebelum menjahit dulu2 aku window shopping, yang akhirnya membahayakan lagi diri sendiri sebab boleh jatuh bankrup. Heheh. Kena tau punca stress dulu sebenarnya, baru mudah nak uruskan, tak kisahlah guna pendekatan apa. Kalau banyak sangat punca sampai tak tersenarai pendek, ambik yang paling mendesak. Hadapi satu-satu, jangan lari ataupun sengaja abaikannya, nanti makin menggunung boleh tumbang menimbuskan kita ke lubuk yang sangat dalam. Takut karang tak jumpa jalan nak panjat keluar, lagi susah! 



Tak tau nak guna terapi yang bagaimana, boleh cuba selfie. Tapi kadang2 kalau masa tengah stress yang amat, selfie pun boleh memburukkan lagi keadaan. Ye lah, hati tak keruan memang takde apa yang berkenan di mata. Ambik 10 selfies, 1 pun takde yang helok pada pandangan, bikin panas ada la, kan? 


Macam jugak menjahit, kalau masa tak tenang mesti banyak yang tak kena. Jeans berumur 10 tahun ni aku dah lama simpan aje dalam almari, dah tak muat nak butang sebab abdomen yang membiak dek aktiviti menternak lemak tanpa sempadan. Walaupun tau akhirnya akan membuatkan aku sakit hati, tetap aku teruskan alter dengan benang mana yang ada. Gunting dan jahit pun macam ular kena palu, perangai janji nak tengok siap je dulu. Ye, boleh je pakai dan sangat selesa bila butangkannya, siap ada extra room di kedua2 belah pinggang. Tapi hati rasa sakit, apa benda la kerja macam guna kaki! Maka seperti yang diketahui dari awal, malam ni confirm aku tetas balik dan buat lain. Haa.. kan ke bodoh tu? Itu la kan, kalau stress tahap gaban jangan pegang mesin jahit tu, bawak-bawak la buat kerja lain, macam pergi mengorat anak ikan ke apa ke, kan? Eh.. itu makin bikin masalah, aku kata jangan, monyet! 


Gi lepak Baskin Robbins makan aiskrim bagus jugak ni, jom? 


~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan