Air Laut Biru, I Love You!

Assalamu’alaikum. Ada orang pantang pakai tudung ataupun pakaian yang sama lebih daripada sehari. Ada jugak yang tak kisah, sampai duk ulang pakai hari demi hari. Macam anak aku, kalau dah suka mana-mana pakaian, mulalah dia tak nak yang lain. Kering je di ampaian, ambik pakai, macam dah takde yang lain. Aku kategori sederhana, pertengahan la kot. Lebih kepada tengok keadaan dan mood semasa, bukannya mood simpanan. Dah bunyi macam current account versus savings account pulak, ya? Contohnya, Bokitta biru lembut dalam gambar-gambar kat bawah ni, aku pakai dua hari berturut-turut, iaitu Selasa dan Rabu. Kebetulan pulak memang dah bergosok 3 helai kemeja biru dalam almari, ambik je la dah ada tudung yang sesuai, mudah pun mudah, tinggal sarung aje. Tudung biru ni takde la semudah warna lain nak dapat yang sesuai dipadankan dengan kebanyakan baju, bukan macam hitam ataupun krim, warna-warna natural. Baju biru selalu aku padankan dengan tudung putih, kalau hitam jadi tenggelam pulak kelembutan biru. Bagi aku la, orang lain tak semestinya setuju. 


Baru-baru ni ternampak kat kiosk Bokitta ada jual tudung warna biru yang sesuai digayakan dengan denim, tapi kukentalkan hati dan berlalu pergi. Cuma jangan ingat bayangannya tidak mengekori, ya? Kita bersabar dulu, bukannya takde tudung lain. Ibaratnya, takkan lari Bokitta dikejar. Yang berlari-lari tu bajet aku je, macam biasalah kan awal-awal tahun.


Kemeja Padini biru putih kotak-kotak ni dari tahun 2012 dah ada dalam koleksi, sekarang dah hampir sedekad bersamaku. Salah satu sebab aku gemar jenama ni itulah dia, tak lekang dek panas dan tak lekang dek hujan. Alah membeli, menang memakai. Mana ada luntur ke pudar ke apa ke, nampak macam itu jugak dari dulu, macam masa mula-mula beli. Tapi harus diingat, kalau kita ulang pakai seminggu sekali, lain pulak ceritanya.. takkan takde tanda penuaan langsung. Aku pakai kadang-kadang aje, maka logik la kalau nampak baru.


Kemeja (Scarlet jenamanya, kalau tak silap) ni aku beli kat Aeon, kualiti kainnya tak boleh lawan Padini, itu sudah pasti. Tapi bab tahan lasak, jenama ni amat kompetitif kalau ikut track record. Susah sikit nak cari design yang menepati piawaian dan bentuk badan aku, selalunya kena beli 1 size bigger nak kasi terletak elok menutupi aset. Ada warna lain masa tu, tapi mata tetap terpikat pada biru, angkat saja! Ingat pulak masa sekolah menengah dulu, ada pantun viral dua kerat kegemaran ramai: Air Laut Biru. I Love U! Hahahah sweet angat! 


Bila hero ada bersama, baru ada peluang nak snap gambar OOTD habis waktu kerja. Kalau sebelum turun kerja, yang jadi mangsa paksa rela jadi jurufoto adalah bibik, itu pun kena tengok masa dan keadaan jugak. Kadang-kadang mak pun kena suruh, hehehe mengomel pun dia layan. Dah matching pulak dengan botol air 3 liter aku tu, nampak? Balik rumah, kejap je habis baki air dalam botol... betapa panasnya cuaca Lembah Kelang sekarang! 

Korang, terima kasih tau sudi baca sampai habis. Jumpa lagi nanti, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan