Raya Berkorban Lagi
Assalamu’alaikum. Sebab tak mau terkorban dan mengorbankan orang lain, kebanyakan daripada kita memilih untuk kekal berkorban pada Adil Adha tahun ini. Tak kisahlah kalau dah dapat 2 vaksin sekalipun, badan manusia tak kebal daripada dijangkiti virus cilik lagi licik bergelar corona ini. Walaupun minoriti 2% saja yang berisiko berada dalam kategori 3, 4 ataupun 5 dan majoriti selebihnya hanya kategori 1 atau 2, apa gerenti nya kita kategori mana? Paham tak aku membebel ni? Penat dah semua orang mereput berkorban mengurungkan diri di rumah, kes harian mencanak tak boleh bawak bincang langsung. Kenapa agaknya? Mestilah sebab virus yang jahat tu dah bergelumang dengan masyarakat majmuk Malaysia Raya ini! Dah pulak varian baru si budak Delta tu gila power, dalam masa 15 saat boleh tapau 800 orang, ko rasa? Disebabkan komuniti kita ni dah diselubungi Covid-19, maka tak hairanlah jika budak-budak rider J&T (dan syarikat kurier lain) banyak yang dijangkiti lagi menjangkiti para pemb...