Hari Vaksinasi

Assalamu’alaikum. Program vaksinasi negara kita ni macam hujan perolakan, rintik-rintik tetiba jadi lebat dengan taburan hujan yang tidak sekata dari satu daerah ke daerah yang lain. Sekarang ni alhamdulillah, dah jadi arnab yang laju memecut tanpa rehat ke garisan penamat. Maklumlah 40 juta vaksin menunggu semua penduduk bumi bertuah ini sejak awal bulan Julai tahun 2021. Asyik duk tengok giliran orang lain selesai dos pertama dan/atau kedua, akhirnya sampailah giliran aku untuk divaksinasi.


Walaupun waktu temujanji vaksinasi aku di PPV KLCC sebenarnya jam 10am, aku memang dah rancang nak sampai ke sana jauh lebih awal. Minum nestum dan makan biskut, lebih kurang jam 8.30am aku dah berada dalam kereta grab menuju ke KLCC dengan perasaan yang bercampur baur. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan, doaku di dalam hati sambil melayan perbualan pakcik grab yang seronok berkongsi pengalamannya divaksinasi.


Mak aku tanya kenapa naik grab, tak suruh pakwe hantar? Aritu dia dah hantar dan teman bibik yang blur, uruskan segala-galanya sampai ke akhir… takkan la aku nak suruh dia teman aku pulak? Dah la dia belum kena covid, biarlah aku yang masih menyimpan virus dalam badan ni pergi menguruskan diri sendiri. Tak payah la aku kacau dia bangun pagi-pagi, itu pada pendapat aku. Tapi dekat mak aku cuma jawab: saja je nak berjimba secara solo. 


Anyways, punyalah besar gedabak KL Convention Centre tu… kalaulah aku boleh pinjam wheelchair mak, kan best? Mengah yang amat nak sampai dari satu checkpoint ke satu checkpoint yang lain. Penuh orang dah macam lalat hurung sampah, cuma of kos la penuh etika dan tamadun peradaban manusia. Memang baguslah aku pergi awal, takde la beratur panjang lebih daripada had.. jam 9.30am dah settle semua, alhamdulillah. Tak sempat nak rasa sakit, dah siap pun cucuk (aku dapat Sinovac, sama macam pakwe aku). Sungguh cekap lagi mahir nurse yang bertugas, agaknya pejam mata pun selamba je boleh selesaikan kerja.

 Menghala ke pintu keluar, ada beberapa port bergambar untuk penerima vaksin mengabadikan kenangan. Bila kita bergerak secara solo ni, muka biarlah mesra alam dan bahasa badan tidak menjengkelkan orang sekeliling. Barulah orang tak segan nak mintak tolong kita ambilkan gambar dia, yang kemudiannya memudahkan kita untuk meminta pertolongan yang sama. Kalau tak, terpaksa la selfie sendirian berhad, betul tak? Tapi takde masalah pun kalau korang lagi selesa selfie, dipersilakan… 


Masa duduk di kerusi menunggu dan mengisi borang Persetujuan Vaksinasi (bawak pen sendiri, guys…!) sebelum masuk mengambil nombor giliran masing-masing, ada ditayangkan video lawatan PM ke PPV KLCC.. takde orang heran pun tapi boleh la sekadar menjeling seketika, membuang pandang tanpa emosi.

Bagi yang belum dapat tarikh, rajin-rajinlah update maklumat vaksinasi di My Sejahtera korang, ya. Aku aritu siap email mengadu kenapa tak dapat-dapat lagi padahal bibik yang bukan warganegara dah dapat dulu? Heheh. Takde la aku sebut gitu, saje je buat gempak sikit. Seminggu lebih lepas tu alhamdulillah dapat akhirnya tarikh keramat yang ditunggu-tunggu.


Sekarang ni tinggal azieq je la sorang lagi yang belum dapat vaksin, dengar khabar budak2 yang nak ambik SPM akan dapat vaksin. Boy dah isi borang katanya, tunggu tarikh temujanji je la ni… harap sangat cepat dapat, senang dia nak pergi sekolah bulan September nanti. 


Nanti bila dah sampai giliran korang, jangan lupa pakai baju yang mudah untuk menerima suntikan vaksin. Mak aku pakai baju kurung lengan lebar, senang nak singsing sampai ke atas. Bibik pakai kemeja butang depan, lupa pulak aku dia bukak butang atas ke lipat lengan baju. Macam aku pulak pakai dress panjang tanpa lengan, masuk bilik suntikan tadi bukak jaket sebelah kiri je, dah selesai masalah. Kalau pakai macam aku, tudung jangan pin di jaket untuk memudahkan urusan, pin saja di bahu baju. Kalau nak lagi sempoi, pakai singlet ataupun t shirt lengan pendek atau yang takde lengan, layer dengan cardigan kat luar. Bagi yang bertudung la, saja aku kongsi tips. Kalau tak bertudung, pakaian kalau boleh biarlah tetap kekal selesa dan tidak mengganggu ketenteraman awam. 

Ok la, nanti kita borak lagi lain kali. Jaga diri hiasi peribadi. Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.
 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan